Friday 18 November 2011

Original Klip & Lirik - Ya Sudahlah by Bondan Prakoso & Fade 2 Black

Jom kita layanzz lagu pulakk... Suka lagu nie sebab hari tu terdengar dalam lappy adik sepupu.. For me, it's a nice song.. Dengan lirik sekali .. hehhe ;D


  



Ketika mimpimu yang begitu indah,
Tak pernah terwujud.. ya sudah lah...
Saat kau berlari mengejar anganmu,
Dan tak pernah sampai.. ya sudah lah... (hmmmm)


Reff:
Apapun yang terjadi,
Ku kan slalu ada untuk mu,
Janganlah kau bersedih,
Coz everything's gonna be OKAY...


Santoz:
Yo..Satu dari sekian kemungkinan,
Kau jatuh tanpa ada harapan,
Saat itu raga ku persembahkan,
Bersama jiwa, cita, cinta dan harapan.

Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat,
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat,
Menuntun ke arah mata angin bahagia,
Kau dan aku tahu, jalan selalu ada.

Titz:
Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang,
Bagai deras ombak yang menabrak karang,
Namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang,
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang.

Bondan:
Sempat kau berharap keramahan cinta,
Tak pernah kau dapat.. ya sudahlah...
Yeahh.. dengar ku bernyanyi... lalalalalala,
Heyyeye yaya dedudedadedudedudidam.. semua ini belum berakhir.

Ulang Reff


F2B:
Satukan langkah,
Langkah yang beriring,
Genggam hati,
Rangkul emosi.

Bandon:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita.

F2B:
Sama rasa,
Tanpa pamrih,
Ini cinta,
Across the sea.


Bandon:
Peluklah diriku,
Terbanglah bersamaku,
Melayang jauh, (come fly with me, baby)

F2B:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari,
Sosok ini yang menerima kelemahan hati,
Yeahh.. aku cinta kau,
Ini cinta kita,
Cukup satu waktu yes,
Untuk satu cinta.

Satu cinta ini akan tuntun jalanku,
Rapatkan jiwamu,
Tenang disisiku,
Rebahkan rasamu,
Untuk yang di tunggu,
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

Ulang semula Reff (3x)

Aiman-Cinta Terakhir


Jom layan lagu neyh pulak ...heheh  ;D 
Lirik dy pun ada ... ;)



Lirik Lagu Cinta Terakhir by Aiman


Kau cinta pertama ku, 
Kau cinta terakhirku,
Tiada apa yang bisa,
Menafikan kasih kita.

Kau ayu di mataku,
Satu antara seribu,
Tiada tara di dunia

Korus:
Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir,

Kau ayu di mataku, 
Satu antara seribu,
Tiada tara di dunia.

Ulang Korus:-

Mungkin kita kan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.

Ulang Korus:-

Lagu/Lirik : Hafiz Hamidun
Artis : Aiman

Saturday 12 November 2011

Etika Persahabatan ;)

Dalam setiap persahabatan mesti ada batas dan etika dia kan?? Betul tak?? So, at sini nak list kan 10 etika dalam persahabatan :-



  1. Jadilah diri sendiri.
  2. Setia dalam persahabatan.
  3. Berfikiran terbuka dan sedia menerima kritikan.
  4. Bersikap ringan tulang dan sedia membantu walau dalam apa jua keadaan.
  5. Bersikap bertolak ansur dan adil antara satu sama lain.
  6. Menjadi pendengar terbaik.
  7. Sahabat bukan penasihat peribadi. Elak dari menjadikan sahabat sebagai tempat meluahkan perasaan kerana bimbang sahabat kamu akan berasa bosan.
  8. Sentiasa berkongsi kebahagiaan dengan sahabat.
  9. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
  10. buktikan pada sahabatmu bahawa kamu sentiasa mengingatinya walau di mana jua, pada bila-bila masa dengan mengirim SMS atau tinggalkan mesej di telefonnya.



p/s: sahabat orang yang rapat dan yang kita percaya. Hargailah sebuah persahabatan yang terjalin. Sahabat sejati sukar di cari ganti. 

Friday 11 November 2011

Demam "ASST" stand for Awak Suka Saya Tak? ;)

Assalamualaikum and salam sejahtera.......

Urmm.. Sekarang tengah melanda pulak fenomena demam "ASST" stand for Awak Suka Saya Tak?

Saya Naeini Iseul - "NI" . NI da dapatkan novel ASST at Minerva Jalan TAR time nak p renew student rapidpass minggu lepas. Sebab yang menyebabkan NI ingin memiliki novel ASST neyh di sebabkan bila NI di masukkan dalam group yang wujud at FB yang di  namakan "AWAK SUKA SAYA TAK? HILMAN YONG & INTAN ZULAIKHA. Mula-mula pelik juga group tu untuk apa? Siapa pulak yang masukkan saya dalam group tu. Rupanya kak Melur Jelita yang add saya dalam group tuu..heheheh :)

Sejujurnya la kan, first time dulu ignore jekk bila ada yang post at group ASST...hehehe (jangan marah yee kak Melur Jelita). Bila da ramai yang post pasal ASST, nak tau jugak apa yang bestnya novel neyh... Try la p jenguk secara mendalam group yang diwujudkan khas untuk fans Hilman Yong and Intan Zulaikha... NI tertarik dengan ayat "Dengan kasih sayang ALLAH, tiada yang mustahil". NI setuju dengan ayat tuu, benar dengan izin dari-NYA tiada apa pun yang mustahil untuk kita capai.. Terjumpa pulak satu docx pasal ASST. Baca bab pertama ASST sampai bab 47 dalam docx, membuatkan saya tak sabar nak tau apa yang terjadi seterusnya sebab ia dihentikan atas tujuan penerbitan ASST..




Bila orang da asyik bercerita pasal novel neyh membuatkan saya ingin segera mendapatkan novel ini dan akhirnya dapat juga NI membelinya semalam (Khamis, 10 Nov 11) :) Syukur ALHAMDULILLAH dapat juga NI beli ASST tuu... Semalam beli semalam juga NI membalutnya..haha :D sebab takut novel tu lunyai bila ada yang nak pinjam.

Pandangan saya untuk novel ASST:


  • Alangkah indahnya jika wujud seorang lelaki yang seperti Hilman yang penyayang dan setia menanti seorang gadis(Intan) yang tidak dikenalinya selama 8 tahun. Berjumpa kembali bila Intan dengan abang dy nak p beli cincin. Tapi di sangka Intan yang akan berkahwin oleh Hilman. Zaman sekarang nie ada ke lelaki yang sanggup tunggu selama 8 tahun?? Mungkin tiada.
  • Jalan cerita ASST yang santai membuatkan kadang-kadang terasa NI watak yang dalam ASST..ehhehe ;)
  • Bagan Lalang memang satu tempat percutian yang best, sebab NI sendiri pernah ke sana bercuti bersama keluarga. Bila ada pulak bab dalam ASST tempat at Bagan Lalang, da tau da suasana dy macam mana tambah lagi bila Intan terjun dari bilik dia sebab nak tengok matahari terbenam. Tambah lagi bila Hilman kejar Intan dengan kuda...wahhh ! sweetnyaa... hehehhe ;D

Buat masa neyh NI tak habis lagi baca ASST sebab busy dengan assignment yang menimbun. Sorry ye kak Melur Jelita if ada yang tak kena...ngee ! peace no war ^^.\/
InsyaALLAH bila da habis exam and da siap semua assignment NI akan cuba habiskan ASST secepat mungkin. Tak sabar nie nak baca ASST, tapi kena tahan dulu. heheheh ;)

p/s: untuk baca sinopsis ILUS, click link ni untuk ILUS ;) 

Monday 17 October 2011

TIKA..

Tika bersendirian,
Pasti fikiranku melayang,
Mengenangkan kisah kita berdua,
Yang wujud di antara kita.

Tika mengingati,
Saat kita bersama aku rindu,
Aku sayang, aku sayu, aku pilu,
Tidak pernah dikau pedulikan.

Tika keseorangan,
Aku sering tertanya-tanya,
Apa yang dikau lakukan ketika ini?
Rinduku padamu bertamu dihati.

Tika rindu bertandang,
Tidak mampu aku ungkapkan,
Hanya bisa merindu dari kejauhan,
Tanpa suatu kata yang pasti.



Sunday 29 May 2011

Senyumlah Kepada Dunia ;)


Senyum itu amatlah mudah tetapi kenapa sesetengah manusia susah untuk tersenyum? Orang yang tersenyum adalah orang yang amat mulia disisi Allah S.W.T dan dunia akan sentiasa tersenyum kembali kepada sesiapa yang murah untuk tersenyum. Disini terdapat dua kisah yang ingin dikongsi supaya kita sama-sama mendapat iktibar dan sentiasa beringat.

Kisah yang pertama tentang seorang gadis yang sangat susah untuk tersenyum walaupun kepada ibu bapa dan rakan-rakannya. Gadis ini amat terkenal dengan sikap 'moody' dan sentiasa mengikut emosi. Walaupun begitu, ibunya tidak pernah berputus asa untuk memberi semangat kepada gadis tersebut. Pada suatu hari ibunya mendapat satu idea; setiap pagi selepas anaknya pergi ke sekolah, ibunya akan mengkomotkan dan menyelerakkan tempat tidur gadis tersebut. Apabila gadis itu pulang dari sekolah, dia mendapati tempat tidurnya berselerak dan cadar telah dikomotkan. Gadis tersebut terus mengemas semula dan berfikir siapakah yang berbuat demikian. Ibu gadis itu mengulangi perbuatannya sehinggalah gadis itu amat marah dan bertanya kepada ibunya " Ibu siapakah yang mengkomotkan cadar tempat saya tidur?" Dengan tenang ibu gadis tersebut menjawab "Ibulah yang bertanggungjawab keatas semua perbuatan itu." Gadis itu bertambah keliru dan terus bertanya "Kenapa ibu berbuat demikian?" Ibu gadis itu terus menjawab "Maafkan ibu anakku, sebenarnya ibu mahu menyedarkan kamu bahawa setiap hari apabila kamu pergi dan pulang dari sekolah pasti muka kamu masam mencuka.Tidak pernah ibu lihat kamu tersenyum.Ibu berbuat demikian kerana muka kamu yang masam itu sama seperti cadar yang komot dan apabila kamu kemaskan semula ibu berharap kamu akan berubah." Gadis itu amat terharu akan usaha ibunya dan berazam akan berubah menjadi insan yang sentiasa tersenyum. 

Senyumlah wahai manusia kerana dengan senyuman kita pasti akan dapat mengubat kesedihan.



                       -------------------------------------------------------


Kisah yang kedua tentang seorang pemuda yang hidupnya serba kekurangan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pemuda tersebut akan keluar setiap pagi untuk mencari rezeki yang halal dan kebiasaanya dia akan mengambil upah dari penduduk kampung.


Kebiasaanya pemuda itu akan pergi mengambil upah memanjat pokok kelapa di ladang orang kaya di kampung tersebut. Pemuda itu akan merayau-rayau mencari pekerjaan dan setiap kali berselisih dengan orang yang lalu lalang pemuda tersebut pasti akan tersenyum. Walaupun upah yang pemuda itu peroleh amat sedikit tetapi dia tetap tersenyum dan bersyukur. Pemuda itu amat jarang berkata-kata dan dia lebih mudah tersenyum. Pemuda itu juga hanya bertanya hal-hal yang sepatutnya dan tidak pernah bercakap buruk. 


Orang kampung amat menyukai sikap pemuda tersebut dan pada suatu hari, ditakdirkan pemuda itu meninggal dunia. Orang kampung yang menguruskan jenazah tersebut merasa hairan kerana tetamu yang datang menziarahi arwah begitu ramai sekali sehingga mereka tidak kenal sesama sendiri. 


Setelah selesai mengebumikan jenazah pemuda tersebut, seorang pemuda bertanya kepada tuan imam "Tuan imam saya merasa pelik kerana bagaimana orang yang telah meninggal dunia boleh tersenyum dan sungguh berseri sekali wajahnya?" Tuan imam menjawab "Subhanallah, Allah itu Maha Mengetahui bahawa semasa hayat pemuda itu dia tidak pernah lokek untuk memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja walaupun dia di dalam kesusahan.Senyum itu satu sedekah dan hendaklah kamu banyakkan bersedekah walaupun dengan hanya senyuman. Anak muda itu bertanya lagi "Tuan imam adakah tuan imam kenal dengan tetamu yang datang sebentar tadi?" tuan imam terus menjawab "Walaupun kita tidak mengenali mereka tetapi mereka adalah orang yang mengenali arwah."


Lihatlah saudara sekalian betapa besarnya pahala orang yang murah dengan senyuman sehinggakan ianya menjadi amalan yang begitu mulia...marilah kita bersama-sama tersenyum (",)

Sunday 8 May 2011

♥♥ Buatmu Bonda..♥♥

Hye.. Sempena Hari Ibu neyh... Xde hadiah apa pun yang dapat kita beri pada Ibu yang dah jaga kita dari kecik sampai sekarang.. Hanya doa untuk Ibu.. Dah xtau nak bagi ape, pakat la pulak dengan abang tuk cipta puisi neyh untuk Ibu kitaorang... Hasil dy macam yang kat bawah tu laa yee... ^^.


Salam Sayang, Salam Kasih, Salam Hormat
Dari Anak-Anakmu..

Emas permata cuma harta dunia,
Duit berjuta bukan segalanya,
Cuma kasih sayang sebagai balasan,
Bukan kekayaan yang Bonda harapkan.

Terima kasih cuma ucapan,
Ikhlasnya sayang Bonda buktikan,
Kami tidak dapat memberi balasan,
Hanya doa-doa Bonda menjadi kekuatan.

Andai Bumi terbelah dua,
Itu tandanya kiamat sudah dekat,
Andai kami jauh di mata,
Hati Bonda tetap kekal ikut bersama.

Harta dunia bukan segalanya,
Iman dan takwa berkat doa,
Atas doa Bonda dan Ayah lah,
Anak-anak Bonda takkan pernah lupa.

Namun....
Andai di antara kami ada yang membuat dosa,
Kami memohon keampunan dari Bonda,
Kami akui kami yang salah, salah, salah,
Itu bukannya doa Bonda yang salah,
Tetapi kami yang menjadi anak tak berguna.

Seandainya....
Ada peluang kedua dan ketiga,
Kami akan berusaha dan terus berusaha,
Untuk membalas pemberianmu Bonda,
Kami akan tetap memberi Bonda kebahagiaan.

KAMI SAYANG BONDA SELAMANYA,
CUMA ITU YANG BONDA DAPAT RASAKAN,
KAMI BERSALAH DAN TETAP RASA BERSALAH,
TAK DAPAT MERASAI KEPERITAN BONDA,
KETIKA MELAHIRKAN KAMI SEMUA KE DUNIA,
BONDA MENGHARAPKAN KAMI MENJADI INSAN BERGUNA,
NAMUN ADA YANG TELAH MENYEBABKAN
AIRMATA BONDA MENITIS KECEWA...

KAMI MEMOHON KEAMPUNANMU BONDA TERCINTA..
KAMI SAYANG BONDA..
SELAMAT HARI IBU BONDA AFIDAH... ♥♥




# Original by us - Abg Ngah (Maman), Isna #

Monday 2 May 2011

Duhai Sahabatku...

Okeyy... Neyh xde kerja nak buat ape... Then dapat la pulak idea tok cipta benda neyh.. Ade la sikit2 pasal someone... 

Sahabat...

Aku gembira dapat berkenalan denganmu,
Aku senang berkongsi cerita denganmu,
Gembira kau sudi menjadi teman karibku,
Meskipun berbeza sikap antara kau dan aku.

Aku keliru apabila kau diam seribu bahasa,
Apabila kau seperti menjauhkan diri dariku,
Sikapmu berubah antara aku dan teman kita,
Aku menjadi buntu jika berterusan begini sikapmu.

Duhai Sahabatku...

Alangkah gembiranya hatiku,
Kerna kau telah kembali seperti dahulu,
Telah mampu berbicara kembali denganku,
Bergelak ketawa bersamaku.

Kadang kala seperti aku tidak mengenalimu,
Sikapmu yang amat sukar dijangkakan,
Tetapi aku berusaha memahamimu,
Supaya persahabatan kita terus berkekalan.

-------------------------------------------

<3 FRIENDSHIP FOREVER FRIENDS !!! <3
*Aku sayang kawan2 aku.. 
Aku harap persahabatan kita berkekalan okay?
Kalau ada yang tak puas hati jangan simpan dalam hati..
Biar semuanya jelas FRIENDS !
\/(^_^) peace no war !



Wednesday 6 April 2011

Respect Our BFF !!

Dengan kengkawan kita kena tau apa yang patut dalam sebuah persahabatan tu kan?? So, neyh antaranya...hope sudi baca.. ^^.


FRiEnDsHiP DO's :
  • Respect each other
  • Menerima perbezaan & pendapat
  • Saling menjaga hati & perasaan sesama sendiri
  • Menyokong sesama sendiri
  • Mendengar
  • Menunaikan janji
  • Berkongsi & cuba selesaikan masalah
  • Terbuka bersahabat dengan orang baru
  • Laugh & have fun together
  • Mempercayai sesama sendiri
  • Berkongsi kejayaan
  • Sentiasa ada masa bersama
  • Put effort into the friendship
  • Jadilah seorang sahabat yang baik setiap hari...


FRieNDsHip DONT's :


     ~ Gosip
     ~ Sentiasa bersaing
     ~ Cancel plans
     ~ Jugde according to looks 
     ~ Cemburu
     ~ Suka membuat fitnah
     ~ Bercakap negatif
     ~ Tiada tolak ansur
     ~ Mempunyai niat buruk di sebalik persahabatan