Tuesday 6 May 2014

BELASUNGKAWA DATUK AZIZ SATTAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

6 Mei 2014 (Selasa); Kita di kejutkan dengan pemergian seorang seniman veteran Datuk Aziz Sattar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 2pagi tadi di Hospital Kajang akibat penyakit jantung. 

Kembali ke Rahmatullah pada 6 Mei 2014 jam 2pagi..

Kini telah tiada lagi para pelakon Bujang Lapok - P.Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih), Sudin (Sahamsudin bin Dali) dan Aziz Satar (Aziz Sattar). Walaupun drama mereka telah berabad lamanya tetapi sehingga kini segala jalan cerita serta skrip setiap drama masih diingati dan drama-drama lakonan mereka juga tetap menjadi tontonan oleh umum tanpa mengira usia.

Al-fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Monday 5 May 2014

Hari Pekerja !

Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Harap tak terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" untuk semua.. Terutama kepada rakan sekerja Aman Iltizam Sdn Bhd.. Tak terlewat lagi kann untuk ucapkan?? hehe.. :D

Terima kasih Aman Iltizam kerana memberi peluang untukku menjalani Latihan Industri di syarikat ini.. Segala ilmu dan tunjuk ajar pasti akan dimanfaatkan..

1 Mei adalah hari untuk semua pekerja bercuti untuk bersantai, merehatkan minda dengan keluarga tanpa memikirkan soal kerja untuk sehari.. Selamat Hari Buruh !! :D