Sunday 29 May 2011

Senyumlah Kepada Dunia ;)


Senyum itu amatlah mudah tetapi kenapa sesetengah manusia susah untuk tersenyum? Orang yang tersenyum adalah orang yang amat mulia disisi Allah S.W.T dan dunia akan sentiasa tersenyum kembali kepada sesiapa yang murah untuk tersenyum. Disini terdapat dua kisah yang ingin dikongsi supaya kita sama-sama mendapat iktibar dan sentiasa beringat.

Kisah yang pertama tentang seorang gadis yang sangat susah untuk tersenyum walaupun kepada ibu bapa dan rakan-rakannya. Gadis ini amat terkenal dengan sikap 'moody' dan sentiasa mengikut emosi. Walaupun begitu, ibunya tidak pernah berputus asa untuk memberi semangat kepada gadis tersebut. Pada suatu hari ibunya mendapat satu idea; setiap pagi selepas anaknya pergi ke sekolah, ibunya akan mengkomotkan dan menyelerakkan tempat tidur gadis tersebut. Apabila gadis itu pulang dari sekolah, dia mendapati tempat tidurnya berselerak dan cadar telah dikomotkan. Gadis tersebut terus mengemas semula dan berfikir siapakah yang berbuat demikian. Ibu gadis itu mengulangi perbuatannya sehinggalah gadis itu amat marah dan bertanya kepada ibunya " Ibu siapakah yang mengkomotkan cadar tempat saya tidur?" Dengan tenang ibu gadis tersebut menjawab "Ibulah yang bertanggungjawab keatas semua perbuatan itu." Gadis itu bertambah keliru dan terus bertanya "Kenapa ibu berbuat demikian?" Ibu gadis itu terus menjawab "Maafkan ibu anakku, sebenarnya ibu mahu menyedarkan kamu bahawa setiap hari apabila kamu pergi dan pulang dari sekolah pasti muka kamu masam mencuka.Tidak pernah ibu lihat kamu tersenyum.Ibu berbuat demikian kerana muka kamu yang masam itu sama seperti cadar yang komot dan apabila kamu kemaskan semula ibu berharap kamu akan berubah." Gadis itu amat terharu akan usaha ibunya dan berazam akan berubah menjadi insan yang sentiasa tersenyum. 

Senyumlah wahai manusia kerana dengan senyuman kita pasti akan dapat mengubat kesedihan.



                       -------------------------------------------------------


Kisah yang kedua tentang seorang pemuda yang hidupnya serba kekurangan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pemuda tersebut akan keluar setiap pagi untuk mencari rezeki yang halal dan kebiasaanya dia akan mengambil upah dari penduduk kampung.


Kebiasaanya pemuda itu akan pergi mengambil upah memanjat pokok kelapa di ladang orang kaya di kampung tersebut. Pemuda itu akan merayau-rayau mencari pekerjaan dan setiap kali berselisih dengan orang yang lalu lalang pemuda tersebut pasti akan tersenyum. Walaupun upah yang pemuda itu peroleh amat sedikit tetapi dia tetap tersenyum dan bersyukur. Pemuda itu amat jarang berkata-kata dan dia lebih mudah tersenyum. Pemuda itu juga hanya bertanya hal-hal yang sepatutnya dan tidak pernah bercakap buruk. 


Orang kampung amat menyukai sikap pemuda tersebut dan pada suatu hari, ditakdirkan pemuda itu meninggal dunia. Orang kampung yang menguruskan jenazah tersebut merasa hairan kerana tetamu yang datang menziarahi arwah begitu ramai sekali sehingga mereka tidak kenal sesama sendiri. 


Setelah selesai mengebumikan jenazah pemuda tersebut, seorang pemuda bertanya kepada tuan imam "Tuan imam saya merasa pelik kerana bagaimana orang yang telah meninggal dunia boleh tersenyum dan sungguh berseri sekali wajahnya?" Tuan imam menjawab "Subhanallah, Allah itu Maha Mengetahui bahawa semasa hayat pemuda itu dia tidak pernah lokek untuk memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja walaupun dia di dalam kesusahan.Senyum itu satu sedekah dan hendaklah kamu banyakkan bersedekah walaupun dengan hanya senyuman. Anak muda itu bertanya lagi "Tuan imam adakah tuan imam kenal dengan tetamu yang datang sebentar tadi?" tuan imam terus menjawab "Walaupun kita tidak mengenali mereka tetapi mereka adalah orang yang mengenali arwah."


Lihatlah saudara sekalian betapa besarnya pahala orang yang murah dengan senyuman sehinggakan ianya menjadi amalan yang begitu mulia...marilah kita bersama-sama tersenyum (",)

Sunday 8 May 2011

♥♥ Buatmu Bonda..♥♥

Hye.. Sempena Hari Ibu neyh... Xde hadiah apa pun yang dapat kita beri pada Ibu yang dah jaga kita dari kecik sampai sekarang.. Hanya doa untuk Ibu.. Dah xtau nak bagi ape, pakat la pulak dengan abang tuk cipta puisi neyh untuk Ibu kitaorang... Hasil dy macam yang kat bawah tu laa yee... ^^.


Salam Sayang, Salam Kasih, Salam Hormat
Dari Anak-Anakmu..

Emas permata cuma harta dunia,
Duit berjuta bukan segalanya,
Cuma kasih sayang sebagai balasan,
Bukan kekayaan yang Bonda harapkan.

Terima kasih cuma ucapan,
Ikhlasnya sayang Bonda buktikan,
Kami tidak dapat memberi balasan,
Hanya doa-doa Bonda menjadi kekuatan.

Andai Bumi terbelah dua,
Itu tandanya kiamat sudah dekat,
Andai kami jauh di mata,
Hati Bonda tetap kekal ikut bersama.

Harta dunia bukan segalanya,
Iman dan takwa berkat doa,
Atas doa Bonda dan Ayah lah,
Anak-anak Bonda takkan pernah lupa.

Namun....
Andai di antara kami ada yang membuat dosa,
Kami memohon keampunan dari Bonda,
Kami akui kami yang salah, salah, salah,
Itu bukannya doa Bonda yang salah,
Tetapi kami yang menjadi anak tak berguna.

Seandainya....
Ada peluang kedua dan ketiga,
Kami akan berusaha dan terus berusaha,
Untuk membalas pemberianmu Bonda,
Kami akan tetap memberi Bonda kebahagiaan.

KAMI SAYANG BONDA SELAMANYA,
CUMA ITU YANG BONDA DAPAT RASAKAN,
KAMI BERSALAH DAN TETAP RASA BERSALAH,
TAK DAPAT MERASAI KEPERITAN BONDA,
KETIKA MELAHIRKAN KAMI SEMUA KE DUNIA,
BONDA MENGHARAPKAN KAMI MENJADI INSAN BERGUNA,
NAMUN ADA YANG TELAH MENYEBABKAN
AIRMATA BONDA MENITIS KECEWA...

KAMI MEMOHON KEAMPUNANMU BONDA TERCINTA..
KAMI SAYANG BONDA..
SELAMAT HARI IBU BONDA AFIDAH... ♥♥




# Original by us - Abg Ngah (Maman), Isna #

Monday 2 May 2011

Duhai Sahabatku...

Okeyy... Neyh xde kerja nak buat ape... Then dapat la pulak idea tok cipta benda neyh.. Ade la sikit2 pasal someone... 

Sahabat...

Aku gembira dapat berkenalan denganmu,
Aku senang berkongsi cerita denganmu,
Gembira kau sudi menjadi teman karibku,
Meskipun berbeza sikap antara kau dan aku.

Aku keliru apabila kau diam seribu bahasa,
Apabila kau seperti menjauhkan diri dariku,
Sikapmu berubah antara aku dan teman kita,
Aku menjadi buntu jika berterusan begini sikapmu.

Duhai Sahabatku...

Alangkah gembiranya hatiku,
Kerna kau telah kembali seperti dahulu,
Telah mampu berbicara kembali denganku,
Bergelak ketawa bersamaku.

Kadang kala seperti aku tidak mengenalimu,
Sikapmu yang amat sukar dijangkakan,
Tetapi aku berusaha memahamimu,
Supaya persahabatan kita terus berkekalan.

-------------------------------------------

<3 FRIENDSHIP FOREVER FRIENDS !!! <3
*Aku sayang kawan2 aku.. 
Aku harap persahabatan kita berkekalan okay?
Kalau ada yang tak puas hati jangan simpan dalam hati..
Biar semuanya jelas FRIENDS !
\/(^_^) peace no war !