Tuesday 15 July 2014

Lebaran Bakal Tiba...

Assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers!

Kalian sihat? Alhamdulillah kalau sihat, mana yang tak sihat tuu jangan lupa makan ubat yee dan banyakkan minum air bila bersahur dan berbuka... Alhamdulillah kini da 17 Ramadhan kita berpuasa dan tak lama lagi bakal menyambut bulan Syawal.

Urmmm... Mesti ramai yang da buat persiapan untuk menyambut lebaran nanti kann?? Kalau dekat area Jalan TAR, Masjid Jamek jangan cakap lerr... Confirm ramai orang yang tengah sakan shopping untuk raya... Mostly apa yang MF nampak masa shopping last week dengan akak ipar, abang dan teman, raya tahun nii ramai yang pakai baju warna merah. Hehehe 

Urmmm... Selalunya bila time raya cam nii untuk family MF.. Siapa yang da tak study orang tuu kena bagi duit raya, dan yang paling tak d sangka... D sebabkan MF da habis practical a.k.a study... Last 2weeks, cousin-cousin MF yang still belajar sempat pulak remind at MF raya nii dorang nak duit raya dari MF... HAHAHAHAHA (gelak jahat) But...... Really sorry my cousin... Untuk lebaran Aidilfitri nii MF tak sediakan duit raya lagii... So, kalau nak tunggu raya Haji or lain tahun.. Bolehh adik2 sedara mara kuu??? Ekekekekkeke :D

In Sha Allah, lepas lebaran nii MF akan start kerja, so nanti MF bagi double laa duit raya dekat cousin2 yang tak menyabar nak duit raya tuuu yee??? Hikhikhikhik ;D

p/s: Kan best kalau raya Aidilfitri nii MF still dapat duit raya??? Hakhakhakhak... Mudah2an ad laaa dapat lagiii... Hehehe... Aamiin... ^^,

Thursday 3 July 2014

Duniaku Dunia Novel !

Assalamualaikum bloggers and salam 1 Malaysia...

Duniaku Dunia Novel... Yupss ! Membaca itu duniaku... Bulan 4 pasti saat yang ditunggu kerana itu PBAKL.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mana menawarkan harga durian runtuh sesangat! Mana taknya, novel yang selalu harga RM18, RM20, RM22 ada yang masa ni harga gila2 runtuh jadi RM6-8 sebuah novel ! Tapi harga tuu hanya boleh d dapati pada hari pertama hingga ketiga rasanya sebab banyak yang da habis stock.. Mana taknya kalau da harga RM6 sebuah.. Let say kalau dia jual dengan harga asal at orang lain, kan berbaloi-baloiiii? huhuhu... Buku-buku agama pun apa kurangnya... 3buah ada yang harga RM100..

Apa yang boleh di katakan bila hampir tiba saatnya PBAKL kena sediakan duit untuk memborong buku-buku yang ada dalam waiting list! hihihi ;D Satu jekk bila g PBAKL mestilahh kena sabar sebab at situ terdapat ribuan pengunjung.. Yang pastinya kalau nak g PBAKL kena ajak member yang sekepala baru best. ^_^

Masa PBAKL sempat laa jugak borong 8 - 9 buah novel dengan beberapa buah buku masakan, dan kesemua novel tersebut baru jekk habis baca awal / pertengahan bulan 6 hari tuu.. For sure mostly novel yang d beli adalah yang gila2 happening and kelakar.. hehe

Tapi ad sesetengah novel yang tak berapa menarik bila baca and tertanya-tanya at mana kekuatan watak tuu sendiri (cehh! Jadi pengulas pulak...ahaksss!)  Tapi serius... Novel tuu terlalu banyak typo, and kena faham betul2 ayat dia baru faham. Then tak tau mana datangnya 'poyo' tuu.. Tajuk novel tuu tak sesuai dengan jalan ceritanya sebab tak de pulak adik hero tuu jumpa heroin sampai keluar perkataan poyo tuu... Dari awal sampai habis baca novel tuu masih tak jumpa point dia yang berkaitan dengan tajuk dia.. Mostly apa yang boleh dikatakan jalan cerita dia berkisar pasal dunia hero and heroin tuu jekk... MF pernah baca buku penulis tuu jugak sebelum nii, tapi yang sebelum nii best.. Jalan cerita dia kena dengan tajuk novel dia.. Tapi yang sekarang jekk yang tak kena... Sorry Mrs. Writer

p/s: Maaf kerana ulasan saya tuu.. Saya tau writer da cuba sedaya upaya buat sebaik mungkin untuk menghasilkan karya yang terbaik tapi writer pun kena pilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita yang d hasilkan.. Baru jalan cerita tuu menarikk... Sorry Mr. Writer & Mrs. Writer...

Monday 30 June 2014

Latihan Industri Selesai !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pejam celik pejam celik akhirnya selesai juga latihan industri (praktikal) selama 3 bulan (17 Feb - 17 May) di Aman Iltizam Sdn Bhd. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Aman Iltizam Sdn Bhd iaitu Puan Su diatas peluang yang telah diberikan.

Pengalaman yang sangat berharga sepanjang melakukan internship disana. Dengan office mates yang perangai sangat 'gila2' dan suasana office yang sangat happening



Rindu keletah team-team yang havoc dan gila-gilaa... Mekyu, Zai, Fyzz, Kak Chitra.. Miss you guys.. You guys are awesome team.. TQ pada Pn Su, Mr. Taz, and Mr. Farhan atas nasihat, tunjuk ajar dan peluang yang d berikan..

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum bloggers yang tersayang....

Lamanyaa tak updates blog.. Hari nii hari kedua umat Islam berpuasa... Haaa... Jangan ada yang ponteng puasa tanpa sebab yee?? Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa untuk kali ini dan di harapkan kita semua mampu dan berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan ini...

Salam Ramadhan 1435H

R – Ramadhan yang d rindu rindukan
A – Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M – Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A – Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rohim
D – Datangkan kepada kami hari yang d rindu rindukan
H – Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
A – Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan
N – Naungilah zahir batin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-MU

Semoga d beri peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... InsyaALLAH 

Tuesday 6 May 2014

BELASUNGKAWA DATUK AZIZ SATTAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

6 Mei 2014 (Selasa); Kita di kejutkan dengan pemergian seorang seniman veteran Datuk Aziz Sattar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 2pagi tadi di Hospital Kajang akibat penyakit jantung. 

Kembali ke Rahmatullah pada 6 Mei 2014 jam 2pagi..

Kini telah tiada lagi para pelakon Bujang Lapok - P.Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih), Sudin (Sahamsudin bin Dali) dan Aziz Satar (Aziz Sattar). Walaupun drama mereka telah berabad lamanya tetapi sehingga kini segala jalan cerita serta skrip setiap drama masih diingati dan drama-drama lakonan mereka juga tetap menjadi tontonan oleh umum tanpa mengira usia.

Al-fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Monday 5 May 2014

Hari Pekerja !

Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Harap tak terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" untuk semua.. Terutama kepada rakan sekerja Aman Iltizam Sdn Bhd.. Tak terlewat lagi kann untuk ucapkan?? hehe.. :D

Terima kasih Aman Iltizam kerana memberi peluang untukku menjalani Latihan Industri di syarikat ini.. Segala ilmu dan tunjuk ajar pasti akan dimanfaatkan..

1 Mei adalah hari untuk semua pekerja bercuti untuk bersantai, merehatkan minda dengan keluarga tanpa memikirkan soal kerja untuk sehari.. Selamat Hari Buruh !! :D

Wednesday 30 April 2014

Doakan MH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dunia,


Aman Iltizam Sdn Bhd mendoakan kesejahteraan para penumpang dan anak kapal MH370. Semoga segalanya menemui titik noktah tak lama lagi. Semoga MH370 dapat dijumpai secepat mungkin.. 


Kehilanganmu membuatkan dunia sentiasa bertanya,
Dimanakah keberadaanmu,
Tidakkah kamu ingin memunculkan dirimu dimata dunia,
Wahai MH370?


8 Mac 2014; MH370 kini menjadi sebutan namamu 
Satu tarikh yang menggemparkan kehilanganmu,
Tanpa lelah mereka mencarimu,
Pulanglah kepada kami yang mencarimu,
Hilangkanlah resah dunia dan keluargamu.


Ya Allah, Kembalikanlah MH370 kepada kami ! Hilangkanlah resah keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Tunjukkanlah dimana keberadaan mereka wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, Lagi Mengasihi.. Jangan cepat mengalah buat keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Doa kami sentiasa mengiringimu. 

#KunFaYaKun #DoakanMH370 #KeepStrong #KeepPositive #MiracleHappen #PrayForMH370

Wednesday 29 January 2014

Şehıdımız Ahmad Ammar

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga bloggers..

Setelah hampir 3bulan Ahmad Ammar menemui sang Pencipta-NYA, baru berkesempatan untuk mengupdate blog dan terlintas untuk mencoret sedikit coretan mengenai Şehıdımız Ahmad Ammar.

Ahmad Ammar, seorang anak muda yang berusia 20tahun (1993-2013). Suatu nama yang di mana ketika hayatnya tidak di kenali, tetapi selepas pemergiannya beliau dikenali dalam sekelip mata. Pemergiannya adalah "Kematian Yang Menghidupkan", kehilangannya begitu terkesan dan dirasai oleh semua orang samaada mereka yang mengenali beliau secara peribadi atau sebaliknya. 

Şehıdımız Ahmad Ammar bermaksud:



Marmara University 

AHMAD AMMAR merupakan seorang pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki dan merupakan satu-satunya putra tunggal kepada pasangan Puan Nur Azlina Aziz dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. 


Ammar bersama-sama ketiga kakak serta adiknya pada raya tahun lepas

Ammar bersama-sama kedua ibubapanya, adik beradik, anak buah serta abang ipar

Ketika hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Selain itu, beliau dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435H iaitu pada 2 November 2013. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika melintas jalan yang mana pada hari itu merupakan hari pertama beliau untuk mengajar pelajar-pelajar baru mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah di mana para pelajarnya terdiri daripada pelajar dari Malaysia, Thailand dan Turki. (kalau tak silap, perbetulkan andai info yang diterima silap)


Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke kubur. Beliau juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.

Di Istanbul, Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn dimana tanah perkuburan itu merupakan tempat terletaknya Maqam Abu Ayyub Al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ahmad Ammar menjadi orang Malaysia yang pertama di semadikan di sana kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama serta aktif dalam berdakwah. Beliau digelar sebagai "Syahid Yang Tertangguh" oleh para sahabatnya.


Di pusara Ahmad Ammar.

"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya setiap masa," - Puan Nur Azlina (Bonda Ammar)

Şehıdımız Ahmad Ammar menerima dua Anugerah Maulidur Rasul 1435H/2014M. Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan diterima oleh abah Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam bagi Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H. Manakala di peringkat negeri Selangor Puan Nur Azlina menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau menerima anugerah Saidina Ali.



Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam




Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.



***Gambar sumber dari FB Şehıdımız Ahmad Ammar & Google

Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Sesiapa pun yang membaca kisah mahupun menonton perjalanan cerita cinta Ahmad Ammar pastinya terkesan dihati. Diusia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah kamu berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana. Al-fatihah......


Thursday 16 January 2014

Salam Maulidur Rasul 2014M | 1435H

Assalamualaikum Malaysia....

14 Januari 2014 | Maulidur Rasul.. Selawat serta salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Di kesempatan ini MI mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua... Harap masih belum terlambat untuk mengucapkaan Salam Maulidur Rasul buat semua...


Mari berselawat sebentar, ganjaran menanti anda...
Selawat Maulidur Rasul
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Saturday 11 January 2014

NEW YEAR 2014, EXAM + MYPI

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia bloggers...

Almost two weeks we are in year 2014. How your days guys? Hope semuanya okay-okay saja.... Alhamdulillah da habis final exam untuk semester nii... Even soalan-soalan dia yang susah memang mencabar fizikal dan mental (laaa sangattt...hahaha). Lagipun before ni kalau exam. Schedule exam tak pernah clash timetable, tapi sem ni 1st time clash timetable dengan macam-macam ragam dalam bilik exam. Tak boleh langsung nak jawab exam dengan tenang. Mana dengan student yang bawa "toyol" especially international student. Yang banyak problem mesti geng-geng international student. Haishhh... Dengan main baling-baling botol air, pusing satu kelas cari sharpener, memang geleng kepala laaa kitaorang jawab examBy the way, hope not to late to wish Happy New Year 2014 to all bloggers. ^_^

Urmm... Let's throwback MYPI by Sis Melur Jelita. Part yang paling best dalam MYPI... Rugi kalau sape yang tak baca ILUS & MYPI... hihihi

PETIKAN MY PRECIOUS IRIS




" Sila baca dengan suara yang kuat. "

Kenapa papa lain macam ni? Bukan seperti papa yang aku kenal.

Firman membaca,

" Ke hadapan bakal suami anak aku..."

Firman terhenti.

" Teruskan." Arah papa tegas.

" Ke hadapan bakal suami anak aku,

Peraturan 1 : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan 2 : Jangan kau bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah-tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Di sini, Firman terhenti, menutup mukanya dengan surat. Tubuhnya bergegar. Menahan gelak.

Peraturan 3 : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih-lebih. Kalau mata dan tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Memang dapat penampar dan penyepak betul! Bukannya dapat duit. Hai laaa.. Apahal la ni?

Peraturan 4 : Aku rasa kau ni hensem dan popular, tentu ramai perempuan tergila-gilakan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan 5 : Kau tentu nak kenal dengan aku lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar: Awal!

Peraturan 6 : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum di akad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Aku dan mama dah saling berpandangan sambil menahan ketawa. Apa ke hal papa ni? Silap orang la nak warning macam ni. Tapi Firman selamba je membacanya cuma kadang-kadang nampak dia menahan gelihati.

Peraturan 7 : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput.

" Pa...." Aku mula nak membantah. Firman mendiamkan aku. Dia terus membaca.

Peraturan 8 : Tempat-tempat yang dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan, menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai mini skirt atau hotpants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium-cium tu elakkan. Movie pasal siksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan 9 : Jangan sekali-sekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku bekas perisik komando. Kalau aku tanya kau hanya ada satu peluang je. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka, Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 10 : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap-senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi-tinggi dan jerit kuat-kuat " Saya hantar anak Tuan pulang" Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama-lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs and kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Aku dan mama tak dapat menahan lagi. Kami tergelak sampai nak terkucil. Hanya Firman yang mengemam bibirnya, menahan sedaya upaya. Muka papa serius!

Peraturan 11 : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah-tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau merangsang syahwat. Lebih afdhal, semasa berbual, kau urut betis aku.

Peraturan 12 : Kau kena adakan pemeriksan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas dari sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop. Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan 13 : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.

Peraturan 14 : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa-apa aduan tak puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan 15 : Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih, menangis gembira, tak apa.

Peraturan 16 : Tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila-bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini. 

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika kau tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e-mel  dan Twitter takkan dilayan.

Sekian,
Dari bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Copy and paste dari Ustaz Nasharuddin, Azalea dan Azella.

Copy and paste tu yang tak menahan. Sekali lagi aku dan mama tergelak keras. Azalea dan Azella jadi rakan sekutu papa pulak!



****************

Bhahahahaha :D
LIKE N SHARE SAPA YANG SUDI ❤ღ MELUR JELITA