Saturday, 11 January 2014

NEW YEAR 2014, EXAM + MYPI

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia bloggers...

Almost two weeks we are in year 2014. How your days guys? Hope semuanya okay-okay saja.... Alhamdulillah da habis final exam untuk semester nii... Even soalan-soalan dia yang susah memang mencabar fizikal dan mental (laaa sangattt...hahaha). Lagipun before ni kalau exam. Schedule exam tak pernah clash timetable, tapi sem ni 1st time clash timetable dengan macam-macam ragam dalam bilik exam. Tak boleh langsung nak jawab exam dengan tenang. Mana dengan student yang bawa "toyol" especially international student. Yang banyak problem mesti geng-geng international student. Haishhh... Dengan main baling-baling botol air, pusing satu kelas cari sharpener, memang geleng kepala laaa kitaorang jawab examBy the way, hope not to late to wish Happy New Year 2014 to all bloggers. ^_^

Urmm... Let's throwback MYPI by Sis Melur Jelita. Part yang paling best dalam MYPI... Rugi kalau sape yang tak baca ILUS & MYPI... hihihi

PETIKAN MY PRECIOUS IRIS




" Sila baca dengan suara yang kuat. "

Kenapa papa lain macam ni? Bukan seperti papa yang aku kenal.

Firman membaca,

" Ke hadapan bakal suami anak aku..."

Firman terhenti.

" Teruskan." Arah papa tegas.

" Ke hadapan bakal suami anak aku,

Peraturan 1 : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan 2 : Jangan kau bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah-tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Di sini, Firman terhenti, menutup mukanya dengan surat. Tubuhnya bergegar. Menahan gelak.

Peraturan 3 : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih-lebih. Kalau mata dan tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Memang dapat penampar dan penyepak betul! Bukannya dapat duit. Hai laaa.. Apahal la ni?

Peraturan 4 : Aku rasa kau ni hensem dan popular, tentu ramai perempuan tergila-gilakan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan 5 : Kau tentu nak kenal dengan aku lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar: Awal!

Peraturan 6 : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum di akad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Aku dan mama dah saling berpandangan sambil menahan ketawa. Apa ke hal papa ni? Silap orang la nak warning macam ni. Tapi Firman selamba je membacanya cuma kadang-kadang nampak dia menahan gelihati.

Peraturan 7 : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput.

" Pa...." Aku mula nak membantah. Firman mendiamkan aku. Dia terus membaca.

Peraturan 8 : Tempat-tempat yang dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan, menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai mini skirt atau hotpants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium-cium tu elakkan. Movie pasal siksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan 9 : Jangan sekali-sekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku bekas perisik komando. Kalau aku tanya kau hanya ada satu peluang je. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka, Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 10 : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap-senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi-tinggi dan jerit kuat-kuat " Saya hantar anak Tuan pulang" Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama-lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs and kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Aku dan mama tak dapat menahan lagi. Kami tergelak sampai nak terkucil. Hanya Firman yang mengemam bibirnya, menahan sedaya upaya. Muka papa serius!

Peraturan 11 : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah-tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau merangsang syahwat. Lebih afdhal, semasa berbual, kau urut betis aku.

Peraturan 12 : Kau kena adakan pemeriksan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas dari sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop. Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan 13 : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.

Peraturan 14 : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa-apa aduan tak puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan 15 : Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih, menangis gembira, tak apa.

Peraturan 16 : Tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila-bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini. 

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika kau tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e-mel  dan Twitter takkan dilayan.

Sekian,
Dari bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Copy and paste dari Ustaz Nasharuddin, Azalea dan Azella.

Copy and paste tu yang tak menahan. Sekali lagi aku dan mama tergelak keras. Azalea dan Azella jadi rakan sekutu papa pulak!



****************

Bhahahahaha :D
LIKE N SHARE SAPA YANG SUDI ❤ღ MELUR JELITA


No comments:

Post a Comment