Assalamualaikum dan salam sejahtera warga bloggers..
Setelah hampir 3bulan Ahmad Ammar menemui sang Pencipta-NYA, baru berkesempatan untuk mengupdate blog dan terlintas untuk mencoret sedikit coretan mengenai Şehıdımız Ahmad Ammar.
Ahmad Ammar, seorang anak muda yang berusia 20tahun (1993-2013). Suatu nama yang di mana ketika hayatnya tidak di kenali, tetapi selepas pemergiannya beliau dikenali dalam sekelip mata. Pemergiannya adalah "Kematian Yang Menghidupkan", kehilangannya begitu terkesan dan dirasai oleh semua orang samaada mereka yang mengenali beliau secara peribadi atau sebaliknya.
Şehıdımız Ahmad Ammar bermaksud:
Şehıdımız Ahmad Ammar bermaksud:
AHMAD AMMAR merupakan seorang pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki dan merupakan satu-satunya putra tunggal kepada pasangan Puan Nur Azlina Aziz dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman.
Ketika hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Selain itu, beliau dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Ammar bersama-sama ketiga kakak serta adiknya pada raya tahun lepas
Ammar bersama-sama kedua ibubapanya, adik beradik, anak buah serta abang ipar
Ketika hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Selain itu, beliau dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435H iaitu pada 2 November 2013. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika melintas jalan yang mana pada hari itu merupakan hari pertama beliau untuk mengajar pelajar-pelajar baru mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah di mana para pelajarnya terdiri daripada pelajar dari Malaysia, Thailand dan Turki. (kalau tak silap, perbetulkan andai info yang diterima silap)
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke kubur. Beliau juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.
Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke kubur. Beliau juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.
Di Istanbul, Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn dimana tanah perkuburan itu merupakan tempat terletaknya Maqam Abu Ayyub Al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ahmad Ammar menjadi orang Malaysia yang pertama di semadikan di sana kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama serta aktif dalam berdakwah. Beliau digelar sebagai "Syahid Yang Tertangguh" oleh para sahabatnya.
"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya setiap masa," - Puan Nur Azlina (Bonda Ammar)
Şehıdımız Ahmad Ammar menerima dua Anugerah Maulidur Rasul 1435H/2014M. Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan diterima oleh abah Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam bagi Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H. Manakala di peringkat negeri Selangor Puan Nur Azlina menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau menerima anugerah Saidina Ali.
Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Sesiapa pun yang membaca kisah mahupun menonton perjalanan cerita cinta Ahmad Ammar pastinya terkesan dihati. Diusia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah kamu berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana. Al-fatihah......
Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ahmad Ammar menjadi orang Malaysia yang pertama di semadikan di sana kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama serta aktif dalam berdakwah. Beliau digelar sebagai "Syahid Yang Tertangguh" oleh para sahabatnya.
Di pusara Ahmad Ammar.
Şehıdımız Ahmad Ammar menerima dua Anugerah Maulidur Rasul 1435H/2014M. Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan diterima oleh abah Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam bagi Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H. Manakala di peringkat negeri Selangor Puan Nur Azlina menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau menerima anugerah Saidina Ali.
Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
***Gambar sumber dari FB Şehıdımız Ahmad Ammar & Google