Thursday 3 July 2014

Duniaku Dunia Novel !

Assalamualaikum bloggers and salam 1 Malaysia...

Duniaku Dunia Novel... Yupss ! Membaca itu duniaku... Bulan 4 pasti saat yang ditunggu kerana itu PBAKL.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mana menawarkan harga durian runtuh sesangat! Mana taknya, novel yang selalu harga RM18, RM20, RM22 ada yang masa ni harga gila2 runtuh jadi RM6-8 sebuah novel ! Tapi harga tuu hanya boleh d dapati pada hari pertama hingga ketiga rasanya sebab banyak yang da habis stock.. Mana taknya kalau da harga RM6 sebuah.. Let say kalau dia jual dengan harga asal at orang lain, kan berbaloi-baloiiii? huhuhu... Buku-buku agama pun apa kurangnya... 3buah ada yang harga RM100..

Apa yang boleh di katakan bila hampir tiba saatnya PBAKL kena sediakan duit untuk memborong buku-buku yang ada dalam waiting list! hihihi ;D Satu jekk bila g PBAKL mestilahh kena sabar sebab at situ terdapat ribuan pengunjung.. Yang pastinya kalau nak g PBAKL kena ajak member yang sekepala baru best. ^_^

Masa PBAKL sempat laa jugak borong 8 - 9 buah novel dengan beberapa buah buku masakan, dan kesemua novel tersebut baru jekk habis baca awal / pertengahan bulan 6 hari tuu.. For sure mostly novel yang d beli adalah yang gila2 happening and kelakar.. hehe

Tapi ad sesetengah novel yang tak berapa menarik bila baca and tertanya-tanya at mana kekuatan watak tuu sendiri (cehh! Jadi pengulas pulak...ahaksss!)  Tapi serius... Novel tuu terlalu banyak typo, and kena faham betul2 ayat dia baru faham. Then tak tau mana datangnya 'poyo' tuu.. Tajuk novel tuu tak sesuai dengan jalan ceritanya sebab tak de pulak adik hero tuu jumpa heroin sampai keluar perkataan poyo tuu... Dari awal sampai habis baca novel tuu masih tak jumpa point dia yang berkaitan dengan tajuk dia.. Mostly apa yang boleh dikatakan jalan cerita dia berkisar pasal dunia hero and heroin tuu jekk... MF pernah baca buku penulis tuu jugak sebelum nii, tapi yang sebelum nii best.. Jalan cerita dia kena dengan tajuk novel dia.. Tapi yang sekarang jekk yang tak kena... Sorry Mrs. Writer

p/s: Maaf kerana ulasan saya tuu.. Saya tau writer da cuba sedaya upaya buat sebaik mungkin untuk menghasilkan karya yang terbaik tapi writer pun kena pilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita yang d hasilkan.. Baru jalan cerita tuu menarikk... Sorry Mr. Writer & Mrs. Writer...

No comments:

Post a Comment