Thursday, 28 June 2012

Terima Kasih - Pangeranku ♥♥♥♥ :)

Terima kasih kerana muncul di duniaku,
Hanya dirimu yang aku kasihi ketika ini,
Hanya dirimu di hatiku ini,
Jangan kau lukai dan sakitiku lagi.

Terima kasih kerana menyayangiku,
Aku akan menyayangimu seperti,
Kau menyayangi diriku ini,

Jangan kau mempermainkanku seperti mereka.

Terima kasih kerana sabar denganku,
Aku berharap dan berdoa,
Agar tiada lagi kekusutan,
Di antara kita berdua selepas ini.

Terima kasih kerana mencintaiku,
Biarlah peristiwa semalam,
Menjadi kenangan di antara kita,
Untuk lebih dewasa dalam mengatasi masalah.


♥♥ Terima kasih sayangku... Terima kasih pangeranku.... Ya ALLAH jagalah dia, dekatkan hati kami kerana-Mu, bawalah kami kejalan-Mu yang di berkati... Aminnn... ♥♥

No comments:

Post a Comment