Maafkan aku,
Andai suatu hari nanti,
Berlakunya perpisahan di antara kita,
Maafkan aku... Aku terpaksa.....
Andai perpisahan yang kau pinta,
Pergilah... Akan ku turutkannya,
Kerna tidak mampu untukku,
Menahan langkah pemergianmu.
Sayang...
Dalam terpaksa aku melepaskanmu,
Walau di dalam hatiku,
Masih menyayangimu, mencintaimu.
Aku melepaskan dirimu,
Bukan kerna aku tak mencintaimu,
Tetapi... Kerna cinta dan sayangku,
Aku melepaskan kau untuk kau mengejar kebahagianmu.
Aku tahu banyak perbezaan di antara kita,
Yang pastinya akan menimbulkan masalah,
Siapa aku, siapa kamu, siapa kita berdua,
Yang pastinya aku melepaskanmu kerana terpaksa.
Sayang....
Ketahuilah sesungguhnya dirimu,
Masih ku sayangi hingga ke detik dan saat ini,
Maafkan aku kerana melukaimu.
Maafkan aku,
Andai aku bukan seperti,
Yang kau harapkan selama ini,
Aku hanya insan biasa serba kekurangan,
Maafkan aku sayang,
Bukan niatku sayang melepaskanmu,
Tetapi... Aku terpaksa.
♥ MizIsNa ♥
No comments:
Post a Comment