Thursday, 3 July 2014

Duniaku Dunia Novel !

Assalamualaikum bloggers and salam 1 Malaysia...

Duniaku Dunia Novel... Yupss ! Membaca itu duniaku... Bulan 4 pasti saat yang ditunggu kerana itu PBAKL.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mana menawarkan harga durian runtuh sesangat! Mana taknya, novel yang selalu harga RM18, RM20, RM22 ada yang masa ni harga gila2 runtuh jadi RM6-8 sebuah novel ! Tapi harga tuu hanya boleh d dapati pada hari pertama hingga ketiga rasanya sebab banyak yang da habis stock.. Mana taknya kalau da harga RM6 sebuah.. Let say kalau dia jual dengan harga asal at orang lain, kan berbaloi-baloiiii? huhuhu... Buku-buku agama pun apa kurangnya... 3buah ada yang harga RM100..

Apa yang boleh di katakan bila hampir tiba saatnya PBAKL kena sediakan duit untuk memborong buku-buku yang ada dalam waiting list! hihihi ;D Satu jekk bila g PBAKL mestilahh kena sabar sebab at situ terdapat ribuan pengunjung.. Yang pastinya kalau nak g PBAKL kena ajak member yang sekepala baru best. ^_^

Masa PBAKL sempat laa jugak borong 8 - 9 buah novel dengan beberapa buah buku masakan, dan kesemua novel tersebut baru jekk habis baca awal / pertengahan bulan 6 hari tuu.. For sure mostly novel yang d beli adalah yang gila2 happening and kelakar.. hehe

Tapi ad sesetengah novel yang tak berapa menarik bila baca and tertanya-tanya at mana kekuatan watak tuu sendiri (cehh! Jadi pengulas pulak...ahaksss!)  Tapi serius... Novel tuu terlalu banyak typo, and kena faham betul2 ayat dia baru faham. Then tak tau mana datangnya 'poyo' tuu.. Tajuk novel tuu tak sesuai dengan jalan ceritanya sebab tak de pulak adik hero tuu jumpa heroin sampai keluar perkataan poyo tuu... Dari awal sampai habis baca novel tuu masih tak jumpa point dia yang berkaitan dengan tajuk dia.. Mostly apa yang boleh dikatakan jalan cerita dia berkisar pasal dunia hero and heroin tuu jekk... MF pernah baca buku penulis tuu jugak sebelum nii, tapi yang sebelum nii best.. Jalan cerita dia kena dengan tajuk novel dia.. Tapi yang sekarang jekk yang tak kena... Sorry Mrs. Writer

p/s: Maaf kerana ulasan saya tuu.. Saya tau writer da cuba sedaya upaya buat sebaik mungkin untuk menghasilkan karya yang terbaik tapi writer pun kena pilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita yang d hasilkan.. Baru jalan cerita tuu menarikk... Sorry Mr. Writer & Mrs. Writer...

Monday, 30 June 2014

Latihan Industri Selesai !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pejam celik pejam celik akhirnya selesai juga latihan industri (praktikal) selama 3 bulan (17 Feb - 17 May) di Aman Iltizam Sdn Bhd. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Aman Iltizam Sdn Bhd iaitu Puan Su diatas peluang yang telah diberikan.

Pengalaman yang sangat berharga sepanjang melakukan internship disana. Dengan office mates yang perangai sangat 'gila2' dan suasana office yang sangat happening



Rindu keletah team-team yang havoc dan gila-gilaa... Mekyu, Zai, Fyzz, Kak Chitra.. Miss you guys.. You guys are awesome team.. TQ pada Pn Su, Mr. Taz, and Mr. Farhan atas nasihat, tunjuk ajar dan peluang yang d berikan..

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum bloggers yang tersayang....

Lamanyaa tak updates blog.. Hari nii hari kedua umat Islam berpuasa... Haaa... Jangan ada yang ponteng puasa tanpa sebab yee?? Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa untuk kali ini dan di harapkan kita semua mampu dan berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan ini...

Salam Ramadhan 1435H

R – Ramadhan yang d rindu rindukan
A – Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M – Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A – Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rohim
D – Datangkan kepada kami hari yang d rindu rindukan
H – Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
A – Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan
N – Naungilah zahir batin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-MU

Semoga d beri peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... InsyaALLAH