Wednesday, 19 December 2012

❤ ILUS - I LOVE YOU, STUPID! ❤

Assalamualaikum bloggers ;) 

I Love You, Stupid! Ohhh... I'm fall in love with Firman Ebrahim❤ .....


I Love You, Stupid! 


2nd novel dari kak Melur Jelita (MJ) dan 2nd novel saya yang paling tebal pernah saya ada dengan sebanyak 1389pages , novel ney da lama release dalam last month rasanyaa (kalau tak silap laaa) ke few months ago tapi baru dapat beli last week sebab busy sangat.... Novel ILUS yang ada dalam genggaman saya sekarang adalah cetakan yang ke-4 dengan harga yang berbaloi sebab dapat less..hihiihih... Tak sangka da cetakan ke-4, ILUS menjadi kegilaan selepas ASST ღ... 

Kalau da beli, rugi kalau tak baca... Kalau da baca pula, sangat2 rugi tak mengqatamkannyaaaaa.... Untuk menghabiskan membaca ILUS mengambil masa dalam 4hari.. Dalam masa 4hari tuu, bila ke college or tengah buat benda lain... Hati meronta-ronta tak sabar nak balik and siapkan kerja tuu, sebab tak sabar nak continue sambung ILUS, asyik dengan jalan cerita antara Iris dengan Firman... Tersenyum dan terbayang-bayang alangkah indah andai benar-benar wujud Firman Ebrahim... Walaupun kadang-kadang terganggu dengan satu dua pages yang macam double tulisan dy dan kurang jelas tapi sangat-sangat berpuas hati dengan isi yang di sampaikan.... Isi yang di sampaikan memang sampai kepada pembaca...

Sepanjang sesi mengqatamkan ILUS, berbagai perasaan yang timbul... Kadang2 seperti terbuai-buai dengan dialog serta keletah Iris yang nakal dan keletah Firman yang pedassssss berapii... muehehehehh.... 

Misi Kemanusiaan di Kemboja pastinya membuka mata sesiapa saja yang membaca ILUS... Tentang penderitaan mereka, semangat yang berkobar-kobar di dalam diri mereka mempertahankan agama Islam dan tentang persaudaraan sesama mereka...  Bila baca ILUS, bersyukurnyaa tanah air kuu Malaysia, rakyat yang berbilang bangsa dan kaum, ibubapa yang mampu memberikan pendidikan kepada anak2nya tapi pendidikan yang diberikan hanya di buat sambil lewa.... Di Kemboja mereka berebut-rebut mahu hantar anak mereka tapi tidak mampu... ILUS benar2 memberi kesedaran tentang betapa pentingnya persaudaraan sesama kita... Memberi kesedaran tentang betapa pentingnyaaa KEJUJURAN...

*********************************

(Iris Nur a.k.a Yaya Urassaya)

"Satu hari nanti saya berharap akan berjumpa semula dengan abang pedas.... Memohon maaf dengannya sesungguh hati... Apa yang telah saya lakukan kepadanya.. Saya tak pernah melupakannya walau satu saat. Saya berharap awak menggunting rambut awak dan menjadi abang pedas saya."~ Iris  ♥

Iris seorang anak manja yang dikelilingi kemewahan. Tidak gentar, keras kepala, berlagak diva, tidak mendengar nasihat dan arahan dari abang pedasssss dan sering bertindak di luar kawalan... Mempunyai daya imaginasi yang tinggi... Kalah dengan perasaan sendiri apabila dalam diam mencintai Firman...

"Nite my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love you, stupid!" ~ Iris

***********************************

(Firman Ebrahim a.k.a Ananda Everingh)

"A good cry cleanses your heart. Tapi jangan melampau. Saya tak mahu awak terus menangis dan bersedih. Kembalilah menjadi Iris yang seperti dulu. I miss my precious. I miss our fight. I miss my rebellious Iris." ~ Firman

Firman seorang yang anak yang menurut kata mai tuan, sanggup pulang ke Kemboja untuk meneruskan amanah dari arwah baba dan arwah ai long (Faris) walaupun dalam keadaan terpaksa... Meneruskan amanah yang di beri dalam membangunkan Kemboja dan sangat di senangi oleh masyarakat Kemboja... Menjadi Mr. Bodyguard kepada seorang anak orang kaya, bersikap sentiasa melindungi mai tuan, Fatimah dan Iris.. Melindungi Iris tanpa mengira masa, tak pernah menjauh dari Iris dan akhirnya lelah dalam perasaan yang tidak terungkapkan... Luahan rasa cinta hanya terluahkan kepada pepatung...

"Awak sepatutnya berbangga. Ramai orang kagum dengan awak kerana terpikat dan berjaya dijinakkan oleh Firman Ebrahim, lelaki idaman ramai wanita seantero alam... Calon menantu pilihan seluruh dunia, lelaki terpilih yang hanya memandang gadis yang luar biasa bukan gadis biasa-biasa." ~ Firman

Mai Tuan dan Fatimah menyambut kedatangan Iris Nur dengan rasa gembira walau hanya di rumah usang... Menatang Iris bagai minyak yang penuh, Iris mendapat layanan yang sangat istimewa dari Mai Tuan dan Fatimah... Sanggup bersusah bersama masyarakat Kemboja dan memberikan pendidikan kepada mereka serta Anak-Anak Bidadari....

Ending: Tertanya-tanya kemana hilangnya Matt selepas pergaduhan tuu??? Kurang berpuas hati kesudahan Matt tamat begituu jee sehinggakan Iris dan Firman di fitnah berzina... Dann.....dan.... kak MJ nak mintak buat ILUS 2 bolehh??? muehehehe... Nak mintak sambung kisah Iris dan Firman selepas Iris dilamar oleh Abang Pedasssss... Nakkkkkkkkkk lagiiiii.... ;)

Apa pun ILUS the best... tapi nak lagi the besttttt untuk IRIS dan FIRMAN... pleaseeeeeeee.....

p/s: untuk baca sinopsis MYPI, singgah lerr ke LINK ini... :)

2 comments:

  1. yup , mmg ad sambungan My Precious Iris (MYPI)
    ILUS br khatam 2 kali ..
    aduh, sedinhye bace,
    mmg romantik abes arr ;)

    ReplyDelete
  2. Hai Lina Diyana .. Sorry late reply, yeahhh...
    Ada sambungan ILUS, tak pe, tak pe.. baca pelan2 ILUS & MYPI
    Kalau yang tak baca betul2 MYPI takkan tau ending dia sad or happy ending..
    Enjoy the reading... ^_^

    ReplyDelete