Tuesday, 15 July 2014

Lebaran Bakal Tiba...

Assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers!

Kalian sihat? Alhamdulillah kalau sihat, mana yang tak sihat tuu jangan lupa makan ubat yee dan banyakkan minum air bila bersahur dan berbuka... Alhamdulillah kini da 17 Ramadhan kita berpuasa dan tak lama lagi bakal menyambut bulan Syawal.

Urmmm... Mesti ramai yang da buat persiapan untuk menyambut lebaran nanti kann?? Kalau dekat area Jalan TAR, Masjid Jamek jangan cakap lerr... Confirm ramai orang yang tengah sakan shopping untuk raya... Mostly apa yang MF nampak masa shopping last week dengan akak ipar, abang dan teman, raya tahun nii ramai yang pakai baju warna merah. Hehehe 

Urmmm... Selalunya bila time raya cam nii untuk family MF.. Siapa yang da tak study orang tuu kena bagi duit raya, dan yang paling tak d sangka... D sebabkan MF da habis practical a.k.a study... Last 2weeks, cousin-cousin MF yang still belajar sempat pulak remind at MF raya nii dorang nak duit raya dari MF... HAHAHAHAHA (gelak jahat) But...... Really sorry my cousin... Untuk lebaran Aidilfitri nii MF tak sediakan duit raya lagii... So, kalau nak tunggu raya Haji or lain tahun.. Bolehh adik2 sedara mara kuu??? Ekekekekkeke :D

In Sha Allah, lepas lebaran nii MF akan start kerja, so nanti MF bagi double laa duit raya dekat cousin2 yang tak menyabar nak duit raya tuuu yee??? Hikhikhikhik ;D

p/s: Kan best kalau raya Aidilfitri nii MF still dapat duit raya??? Hakhakhakhak... Mudah2an ad laaa dapat lagiii... Hehehe... Aamiin... ^^,

Thursday, 3 July 2014

Duniaku Dunia Novel !

Assalamualaikum bloggers and salam 1 Malaysia...

Duniaku Dunia Novel... Yupss ! Membaca itu duniaku... Bulan 4 pasti saat yang ditunggu kerana itu PBAKL.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang mana menawarkan harga durian runtuh sesangat! Mana taknya, novel yang selalu harga RM18, RM20, RM22 ada yang masa ni harga gila2 runtuh jadi RM6-8 sebuah novel ! Tapi harga tuu hanya boleh d dapati pada hari pertama hingga ketiga rasanya sebab banyak yang da habis stock.. Mana taknya kalau da harga RM6 sebuah.. Let say kalau dia jual dengan harga asal at orang lain, kan berbaloi-baloiiii? huhuhu... Buku-buku agama pun apa kurangnya... 3buah ada yang harga RM100..

Apa yang boleh di katakan bila hampir tiba saatnya PBAKL kena sediakan duit untuk memborong buku-buku yang ada dalam waiting list! hihihi ;D Satu jekk bila g PBAKL mestilahh kena sabar sebab at situ terdapat ribuan pengunjung.. Yang pastinya kalau nak g PBAKL kena ajak member yang sekepala baru best. ^_^

Masa PBAKL sempat laa jugak borong 8 - 9 buah novel dengan beberapa buah buku masakan, dan kesemua novel tersebut baru jekk habis baca awal / pertengahan bulan 6 hari tuu.. For sure mostly novel yang d beli adalah yang gila2 happening and kelakar.. hehe

Tapi ad sesetengah novel yang tak berapa menarik bila baca and tertanya-tanya at mana kekuatan watak tuu sendiri (cehh! Jadi pengulas pulak...ahaksss!)  Tapi serius... Novel tuu terlalu banyak typo, and kena faham betul2 ayat dia baru faham. Then tak tau mana datangnya 'poyo' tuu.. Tajuk novel tuu tak sesuai dengan jalan ceritanya sebab tak de pulak adik hero tuu jumpa heroin sampai keluar perkataan poyo tuu... Dari awal sampai habis baca novel tuu masih tak jumpa point dia yang berkaitan dengan tajuk dia.. Mostly apa yang boleh dikatakan jalan cerita dia berkisar pasal dunia hero and heroin tuu jekk... MF pernah baca buku penulis tuu jugak sebelum nii, tapi yang sebelum nii best.. Jalan cerita dia kena dengan tajuk novel dia.. Tapi yang sekarang jekk yang tak kena... Sorry Mrs. Writer

p/s: Maaf kerana ulasan saya tuu.. Saya tau writer da cuba sedaya upaya buat sebaik mungkin untuk menghasilkan karya yang terbaik tapi writer pun kena pilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita yang d hasilkan.. Baru jalan cerita tuu menarikk... Sorry Mr. Writer & Mrs. Writer...

Monday, 30 June 2014

Latihan Industri Selesai !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pejam celik pejam celik akhirnya selesai juga latihan industri (praktikal) selama 3 bulan (17 Feb - 17 May) di Aman Iltizam Sdn Bhd. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Aman Iltizam Sdn Bhd iaitu Puan Su diatas peluang yang telah diberikan.

Pengalaman yang sangat berharga sepanjang melakukan internship disana. Dengan office mates yang perangai sangat 'gila2' dan suasana office yang sangat happening



Rindu keletah team-team yang havoc dan gila-gilaa... Mekyu, Zai, Fyzz, Kak Chitra.. Miss you guys.. You guys are awesome team.. TQ pada Pn Su, Mr. Taz, and Mr. Farhan atas nasihat, tunjuk ajar dan peluang yang d berikan..

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum bloggers yang tersayang....

Lamanyaa tak updates blog.. Hari nii hari kedua umat Islam berpuasa... Haaa... Jangan ada yang ponteng puasa tanpa sebab yee?? Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa untuk kali ini dan di harapkan kita semua mampu dan berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan ini...

Salam Ramadhan 1435H

R – Ramadhan yang d rindu rindukan
A – Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M – Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A – Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rohim
D – Datangkan kepada kami hari yang d rindu rindukan
H – Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan
A – Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan
N – Naungilah zahir batin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-MU

Semoga d beri peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... InsyaALLAH 

Tuesday, 6 May 2014

BELASUNGKAWA DATUK AZIZ SATTAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

6 Mei 2014 (Selasa); Kita di kejutkan dengan pemergian seorang seniman veteran Datuk Aziz Sattar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 2pagi tadi di Hospital Kajang akibat penyakit jantung. 

Kembali ke Rahmatullah pada 6 Mei 2014 jam 2pagi..

Kini telah tiada lagi para pelakon Bujang Lapok - P.Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih), Sudin (Sahamsudin bin Dali) dan Aziz Satar (Aziz Sattar). Walaupun drama mereka telah berabad lamanya tetapi sehingga kini segala jalan cerita serta skrip setiap drama masih diingati dan drama-drama lakonan mereka juga tetap menjadi tontonan oleh umum tanpa mengira usia.

Al-fatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Monday, 5 May 2014

Hari Pekerja !

Assalamualaikum and Salam Sejahtera...

Harap tak terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" untuk semua.. Terutama kepada rakan sekerja Aman Iltizam Sdn Bhd.. Tak terlewat lagi kann untuk ucapkan?? hehe.. :D

Terima kasih Aman Iltizam kerana memberi peluang untukku menjalani Latihan Industri di syarikat ini.. Segala ilmu dan tunjuk ajar pasti akan dimanfaatkan..

1 Mei adalah hari untuk semua pekerja bercuti untuk bersantai, merehatkan minda dengan keluarga tanpa memikirkan soal kerja untuk sehari.. Selamat Hari Buruh !! :D

Wednesday, 30 April 2014

Doakan MH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dunia,


Aman Iltizam Sdn Bhd mendoakan kesejahteraan para penumpang dan anak kapal MH370. Semoga segalanya menemui titik noktah tak lama lagi. Semoga MH370 dapat dijumpai secepat mungkin.. 


Kehilanganmu membuatkan dunia sentiasa bertanya,
Dimanakah keberadaanmu,
Tidakkah kamu ingin memunculkan dirimu dimata dunia,
Wahai MH370?


8 Mac 2014; MH370 kini menjadi sebutan namamu 
Satu tarikh yang menggemparkan kehilanganmu,
Tanpa lelah mereka mencarimu,
Pulanglah kepada kami yang mencarimu,
Hilangkanlah resah dunia dan keluargamu.


Ya Allah, Kembalikanlah MH370 kepada kami ! Hilangkanlah resah keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Tunjukkanlah dimana keberadaan mereka wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, Lagi Mengasihi.. Jangan cepat mengalah buat keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Doa kami sentiasa mengiringimu. 

#KunFaYaKun #DoakanMH370 #KeepStrong #KeepPositive #MiracleHappen #PrayForMH370

Wednesday, 29 January 2014

Şehıdımız Ahmad Ammar

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga bloggers..

Setelah hampir 3bulan Ahmad Ammar menemui sang Pencipta-NYA, baru berkesempatan untuk mengupdate blog dan terlintas untuk mencoret sedikit coretan mengenai Şehıdımız Ahmad Ammar.

Ahmad Ammar, seorang anak muda yang berusia 20tahun (1993-2013). Suatu nama yang di mana ketika hayatnya tidak di kenali, tetapi selepas pemergiannya beliau dikenali dalam sekelip mata. Pemergiannya adalah "Kematian Yang Menghidupkan", kehilangannya begitu terkesan dan dirasai oleh semua orang samaada mereka yang mengenali beliau secara peribadi atau sebaliknya. 

Şehıdımız Ahmad Ammar bermaksud:



Marmara University 

AHMAD AMMAR merupakan seorang pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki dan merupakan satu-satunya putra tunggal kepada pasangan Puan Nur Azlina Aziz dan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. 


Ammar bersama-sama ketiga kakak serta adiknya pada raya tahun lepas

Ammar bersama-sama kedua ibubapanya, adik beradik, anak buah serta abang ipar

Ketika hayatnya, beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat. Usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Selain itu, beliau dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Beliau juga dihormati sebagai seorang yang kuat agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435H iaitu pada 2 November 2013. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika melintas jalan yang mana pada hari itu merupakan hari pertama beliau untuk mengajar pelajar-pelajar baru mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah di mana para pelajarnya terdiri daripada pelajar dari Malaysia, Thailand dan Turki. (kalau tak silap, perbetulkan andai info yang diterima silap)


Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ahmad Ammar ke kubur. Beliau juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.

Di Istanbul, Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn dimana tanah perkuburan itu merupakan tempat terletaknya Maqam Abu Ayyub Al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ahmad Ammar menjadi orang Malaysia yang pertama di semadikan di sana kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama serta aktif dalam berdakwah. Beliau digelar sebagai "Syahid Yang Tertangguh" oleh para sahabatnya.


Di pusara Ahmad Ammar.

"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya setiap masa," - Puan Nur Azlina (Bonda Ammar)

Şehıdımız Ahmad Ammar menerima dua Anugerah Maulidur Rasul 1435H/2014M. Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan diterima oleh abah Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam bagi Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H. Manakala di peringkat negeri Selangor Puan Nur Azlina menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar. Beliau menerima anugerah Saidina Ali.



Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam




Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.



***Gambar sumber dari FB Şehıdımız Ahmad Ammar & Google

Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Sesiapa pun yang membaca kisah mahupun menonton perjalanan cerita cinta Ahmad Ammar pastinya terkesan dihati. Diusia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah kamu berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana. Al-fatihah......


Thursday, 16 January 2014

Salam Maulidur Rasul 2014M | 1435H

Assalamualaikum Malaysia....

14 Januari 2014 | Maulidur Rasul.. Selawat serta salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Di kesempatan ini MI mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua... Harap masih belum terlambat untuk mengucapkaan Salam Maulidur Rasul buat semua...


Mari berselawat sebentar, ganjaran menanti anda...
Selawat Maulidur Rasul
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Saturday, 11 January 2014

NEW YEAR 2014, EXAM + MYPI

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia bloggers...

Almost two weeks we are in year 2014. How your days guys? Hope semuanya okay-okay saja.... Alhamdulillah da habis final exam untuk semester nii... Even soalan-soalan dia yang susah memang mencabar fizikal dan mental (laaa sangattt...hahaha). Lagipun before ni kalau exam. Schedule exam tak pernah clash timetable, tapi sem ni 1st time clash timetable dengan macam-macam ragam dalam bilik exam. Tak boleh langsung nak jawab exam dengan tenang. Mana dengan student yang bawa "toyol" especially international student. Yang banyak problem mesti geng-geng international student. Haishhh... Dengan main baling-baling botol air, pusing satu kelas cari sharpener, memang geleng kepala laaa kitaorang jawab examBy the way, hope not to late to wish Happy New Year 2014 to all bloggers. ^_^

Urmm... Let's throwback MYPI by Sis Melur Jelita. Part yang paling best dalam MYPI... Rugi kalau sape yang tak baca ILUS & MYPI... hihihi

PETIKAN MY PRECIOUS IRIS




" Sila baca dengan suara yang kuat. "

Kenapa papa lain macam ni? Bukan seperti papa yang aku kenal.

Firman membaca,

" Ke hadapan bakal suami anak aku..."

Firman terhenti.

" Teruskan." Arah papa tegas.

" Ke hadapan bakal suami anak aku,

Peraturan 1 : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan 2 : Jangan kau bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah-tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Di sini, Firman terhenti, menutup mukanya dengan surat. Tubuhnya bergegar. Menahan gelak.

Peraturan 3 : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih-lebih. Kalau mata dan tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Memang dapat penampar dan penyepak betul! Bukannya dapat duit. Hai laaa.. Apahal la ni?

Peraturan 4 : Aku rasa kau ni hensem dan popular, tentu ramai perempuan tergila-gilakan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan 5 : Kau tentu nak kenal dengan aku lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar: Awal!

Peraturan 6 : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum di akad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Aku dan mama dah saling berpandangan sambil menahan ketawa. Apa ke hal papa ni? Silap orang la nak warning macam ni. Tapi Firman selamba je membacanya cuma kadang-kadang nampak dia menahan gelihati.

Peraturan 7 : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput.

" Pa...." Aku mula nak membantah. Firman mendiamkan aku. Dia terus membaca.

Peraturan 8 : Tempat-tempat yang dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan, menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai mini skirt atau hotpants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium-cium tu elakkan. Movie pasal siksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan 9 : Jangan sekali-sekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku bekas perisik komando. Kalau aku tanya kau hanya ada satu peluang je. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka, Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 10 : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap-senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi-tinggi dan jerit kuat-kuat " Saya hantar anak Tuan pulang" Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama-lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs and kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Aku dan mama tak dapat menahan lagi. Kami tergelak sampai nak terkucil. Hanya Firman yang mengemam bibirnya, menahan sedaya upaya. Muka papa serius!

Peraturan 11 : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah-tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau merangsang syahwat. Lebih afdhal, semasa berbual, kau urut betis aku.

Peraturan 12 : Kau kena adakan pemeriksan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas dari sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop. Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan 13 : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.

Peraturan 14 : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa-apa aduan tak puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan 15 : Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih, menangis gembira, tak apa.

Peraturan 16 : Tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila-bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini. 

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika kau tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e-mel  dan Twitter takkan dilayan.

Sekian,
Dari bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Copy and paste dari Ustaz Nasharuddin, Azalea dan Azella.

Copy and paste tu yang tak menahan. Sekali lagi aku dan mama tergelak keras. Azalea dan Azella jadi rakan sekutu papa pulak!



****************

Bhahahahaha :D
LIKE N SHARE SAPA YANG SUDI ❤ღ MELUR JELITA


Sunday, 17 November 2013

Mr. London Ms. Langkawi

Assalamualaikum bloggers & salam 1Malaysia...

Urmm... Apa khabar semua bloggers?? Sihat? Alhamdulillah... Kalau yang sakit tuu, jangan lupa banyakkan rehat dan paling penting makan ubat yee? hihihi.. 

MI start berminat membaca novel sejak di bangku sekolah menengah, tetapi waktu tuu yang tukang beli novel ataupun pengumpul novel2 nii semestinya akak MI. =D sebab akak MI waktu tu da bekerja, so memang dia pun minat novel cuma sejak bertunang dan berkahwin dia da stop beli novel..

MI da banyak baca novel, kadang2 MI tukar2 novel dengan member2 yang mana ada minat yang sama suka baca novel.. Al-maklum laaa boleh jimat sikit... hikhikhikhik =D tapi kalau novel tuu memang best MI akan dapatkan dan jadikan novel tuu sebagai koleksi MI.. 

MI admit actually bukan senang nak hasilkan sebuah karya penulisan yang akhirnya akan menjadi tatapan atau kata lain bahan bacaan oleh ulat2 buku niii... Sebagai penulis, seorang penulis tuu harus bijak mengunakan imaginasi untuk mengolah sesebuah cerita supaya menjadi menarik untuk bahan bacaan. Okay, tak yah mukhadimah panjang lebar straight to the point aje laa kan... huhuh

"Mr. London Ms Langkawi"... Sape yang tau apa niii?? hihihi... Kalau sape yang peminat novel tegar, confirm tau apa kann?? Okay, yang ni adalah the latest novel dari sys Herna Diana... "Mr. London Ms Langkawi" adalah novel keempat beliau.. Novel pertama HD "Cinta 3Suku", kedua "Akhirnya Aku Kahwin!", ketiga "Oh, Mama Tiriku!", yang paling latest "Mr. London Ms Langkawi" ni laaaa... hihihi...


Taraaaaaa !!! Tu diaa cover novel Mr. London Ms Langkawi... Serious baca novel niii boleh release tension pada MI.. Sebab lawak2 serta loyar buruk Nana mencuit hati... Karya2 HD memang tak pernah menghampakan.. Setiap novel2 HD pasti akan ada watak yang mencuit hati, perangai yang gila2.. hihihi.. Bila korang tengah sedih ke apa kee baca laaa novel nii, boleh buat korang ketawa terbahak-bahak dengan telatah Nana yang nakalnyaaa ya ampunnn.... MI letak sikit petikan sinopsis dia ehh??

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya... Nauzubillah....

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu." ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun." jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang Kota London ada, Malaysia tak ada? Cer cite... Cer cite." kata Liyana.
"Yang bagusnya kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

So... Apa lagiii... jom grab novel nii at kedai buku yang berdekatan... hhihihi... TER...promo pulakk... Tak pee.. Tak pee... 

******************************

Selingan kejap ehhh...

Nak hasilkan sebuah cerita yang bagus mestilah pandai mengolah supaya cerita tuu menjadi menarik bukannya hambar.. MI pernah beli sebuah novel, bila MI baca sinopsis membuatkan MI tertarik sebab kisahnya mengisahkan tentang dunia pelajar beralih ke dunia dewasa tetapi muncul konflik kerana suatu peristiwa yang dilihat oleh si heroin semasa di kampung halamannyaa... Sinopsis saja yang membuatkan MI menarik.. First impression MI, sinopsis novel nii menarik, mesti ad lawak2 or loyar buruk kalau berdasarkan sinopsis.. Tapi kalau nak tau kena beli la kann novel tuu... So, MI pun beli laaa novel tuu..

Dari awal jalan cerita dia not bad laa... Boleh laaa... Tapi bila da lama baca jalan cerita dia buat MI boring.. MI terfikir, 'Kenapa penulis nii buat cerita macam ni?' sebab bila MI baca novel tuu MI da dapat point2 novel tuu... Penulis cuma mengisahkan semula, bezanya dikisahkan semula dalam bidang penulisan. Serious kalau ikutkan MI, memang MI da tak nak baca novel tuu, tapi fikir balik da beli takkan tak nak baca pulak kann? Lain laa kalau buku pinjam boleh jekk return to the owner. Nak tak nak MI habiskan jugak baca novel tuu... Tapi hanya sekali jekk laa MI akan baca novel tuu.. Takkan baca daaa... Even nak buat novel thriller pun, rasanya perlu fikir kesesuaian... Misalnya, andai kata "family itu" baca apa kata mereka? Kisah mereka.. Tapi MI takkan sebut laaa tajuk novel tuuu... Just point jekk MI bagi... Serious sys.. You need make your readers enjoy your novel not make them bored! 

**Sorry guys... This is just my opinion about the novel that I had read.. Till then ! Assalamualaikum.. Have a nice weekends bloggersss..

Monday, 16 September 2013

Novel, Short Story, Cerpen etc.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Urmm... Time cuti2 cam ni laa baru boleh baca novel, sebab kalau waktu2 lain busy dengan assignment and class.. So selalunya lepas final exam laa akan habiskan masa dengan membaca novel2 yang baru di beli or baca at blog2.. Cuti semester break hanya laa untuk 2minggu untuk college MI.. So, should be last week MI da kena attend class semula. Tapi d sebabkan ada masalah kesihatan doctor bagi lagi 2minggu cuti and next week 23rd September baru masuk class.

Cuti semester break pun da tak tau nak buat apa, sebab novel semua da habis baca.. Ni tambah lagi 2minggu memang macam cacing kepanasan stay umah.. ehehehe Da ad at umah singgah laa blog2 novelis, kot2 ad entry novel2 akan datang.. So, sekarang ni MI sedang meneroka blog novelis Evelyn Rose.

Okay.. Before this dengar jekk nama novelis Evelyn Rose ni then fikir mesti jalan cerita tak best sangat nii.. Sorry sys.. MI tarik balik kata2 MI tadi.. Lepas gelajah your blog.. Seriously buat MI tak sabar nak dapatkan semua novel2 Evelyn Rose. Novel terbaru sys Evelyn Rose adalah "13 Jam A380".. 

Terjumpa pulak short story dari blog yang sama iaitu Sweetheart by Evelyn Rose, jalan cerita yang sangat menarik sekali.. 1st baca prologue da buat MI tak sabar nak baca the next chapter. But please sys, jadikan laaaa short story Sweetheart nii menjadi sebuah novel.. Please... Mesti readers yang lain pun tak sabar nak dapatkan Sweetheart kalau di bukukan... Hopefully suatu hari nanti short story Sweetheart ni akan di novelkan... Mudah2an... Aamiin...

*********************************

Urmm... Apa lagi novel2 yang best ehh at pasaran sekarang?? Sebab mostly kebanyakkan novel sekarang jalan cerita dia lebih kurang jekk.. Kalau sebelum nii novel karya kak MJ laa yang menjadi tatapan dan bahan bacaan kerana jalan cerita mengenai Hilman Sifuku, Firman Abang Pedas.. Tentang kehidupan mereka serta tentang kasih sayang sesama manusia serta Allah SWT..

Sebenarnya banyak jugak list novel yang telah di short listed oleh MI.. Cuma kekangan masa membataskan segala-galanya... Kehidupan sebagai seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta membataskan MI dari hobi MI yang suka membaca... Cuti semester yang hanya 2minggu bukan seperti cuti semester pelajar2 Institusi Pengajian Tinggi Awam yang 2 bulan, 3bulan.. 2minggu cuti, lepas 2minggu start balik class.. Yang penting bagi MI, MI kena utamakan pengajian MI dulu baru lahh MI ambil masa yang ada untuk membaca novel2...

Al-maklum laaa MI tak reti nak menulis sebuah novel mahupun cerpen.. MI tiada bakat kepada itu, walaupun kadang2 hati meronta seperti ingin mencuba dalam dunia penulisan tetapi entahlah.. MI lebih suka membaca karya2 dari novelis2 yang sedia ada sekarang... Novelis2 kini pun telah semakin bertambah, banyak novel2 dari pelbagai genre.. Anyway, teruskan usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang menarik buat semua novelis.. Salam sayang dari MI

Okay! Till then... Assalamualaikum.. ;)

Thursday, 12 September 2013

Di Antara Dua...

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia Bloggers !

Tiba2 MI terpanggil untuk meng'update' entry yang bertajuk seperti di atas... Tidak pernah terlintas untuk MI jaga tepi kain orang. Sebab MI tau MI bukan orang yang sempurna.. Tapi di antara dua samada percintaan mahupun kekeluargaan (serta persahabatan). 

Ada eloknya andai kita fikir seketika, adakah percintaan yang kita bina selama ini penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan ataupun sebaliknya?? Adakah kita sebagai anak memenuhi mahupun mendengar segala nasihat dari orang tua kita? Adakah kita sebagai sahabat peka dengan perilaku sahabat yang sentiasa ingin kita sentiasa berbahagia? Adakah kita sebagai hambaNya mencintaiNya setulus hati?

Terkadang kita sebagai manusia mencintai manusia yang lain melebihi dari kita mencintai Yang Maha Esa. Seriously friends, andai selama anda bersama dengan boyfriend anda dan ternyata jelas dengan sikapnya yang sering buat anda merana. Untuk apa anda still bersamanya tetapi kehidupan anda seharian seperti di penjara? Anda terkongkong, anda menangis.. Girls ! Wake up ! He not your husband yet ! He only your fiance! Wake up girls!! Don't because he your first love then you still want to be with him. Jangan di sebabkan dia jugak anda tak dengar lagi nasihat parents..

Sayang.. MI tau first love susah nak lupakan.. Tapi as friend and as your neighbour, MI nak you fikir dalam2 dalam apa pun keputusan yang you buat. Kita bernikah kalau boleh biar la sekali dan biar laa buat selama-lamanya.. Tapi kalau da sepanjang kita bersamanya dalam bercinta dan bertunang hanya airmata sentiasa menjadi peneman itu bukan sesuatu yang baik dear.

Family, jangan pernah belakangkan family dalam hal yang sebegitu.. At least discuss with your family first. Get their advice and opinion. Get your besties and tell them what make you worried and uneasy. Betul, ada benda yang kita boleh share and ada benda yang kita tak boleh share.. Tapi apa salahnya kalau kita share apa yang mengganggu kita ketika ini untuk kebaikan kita di masa hadapan?

Jangan kerana terlalu cinta kepada pasangan kita sampai kita tak tau menilai yang mana baik dan yang mana buruk.. Cinta biar lah berpada-pada.. Jangan sampai cinta yang menjerat diri kita akhirnyaaaa...

Opinion MI simple..

--> Kita bebas untuk mencintai sesiapa saja, tapi biar lah cinta kita pada mereka yang layak. Pada mereka yang tulus menyayangi kita.

--> Selagi dia belum angkat tangan tok kadi, then 3saksi kata "sah..sah..sah" kita belum sah jadi milik mutlak dia. So, that's means dia tak berhak untuk mengatur kehidupan kita (mengongkong)

--> First love memang susah nak lupakan, tapi siapa tau cinta yang bakal hadir nanti lebih indah dari first love yang memedihkan hati kita.

--> Cinta kita boleh temui... Tetapi... Sahabat sejati sukar untuk kita temui. Sahabat yang peka pada kita, sahabat susah senang kita (always together-gether)

*dear friend, early January 2014 will be your wedding ceremony. Think carefully on what you are doing. Prepare wedding ceremony together, discuss all issue together with both family. Kami sebagai sahabat sentiasa mendoakan kesejahteraan anda.

p/s: "sayang" at atas tadi tu kawan perempuan MI. Jangan salah faham yee.. ;)

Okay, till then! Assalamualaikum..

Wednesday, 11 September 2013

5years Blog's Birthday Contest~~

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia Bloggers !

Hye bloggers ! Baru berkesempatan untuk blog semula... Urmm.. Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Apa yang "5years Blog's Birthday Contest~~" nii?? hihihi... Okay, ni buat pertama kalinya MI nak try join contest at blog... Serious before this tak pernah join mana2 contest at blog.. So sementara ada masa free and ternampak pula contest nii why not MI try.. Tak salah try kan? ^_^ Ternampak contest nii dari FB, ni MI pun tak tau apa hadiah dia.. MI nak join suka2.. 

"5years Blog's Birthday Contest~~" nii kalau tak silap sempena 5tahun blog tersebut bertapak di dunia bloggers. Okayy, tak nak cakap banyak... Jommmmmmm~~~~~ (Ohh ya! Selepas menghabiskan baca blog Cikgu Aini ad beritahu mengenai hadiah tentang contest ini. Tapi MI cuma nak mencuba sajaaaa)

---> Saya baru jek follow and teringin pula tetiba join contest  di ainblogger ni .. hihi

---> Firstly MI nak ucapkan SYABAS Cikgu Aini kerana telah menapak di dunia bloggers selama 5tahun dengan pelbagai entry-entry yang menarik..:) MI yang baru menapak di dunia bloggers ni pun kadang2 terbiar blog bersawang.. hihihi

---> Cadangan: mungkin Cikgu Aini boleh menambah button 'back to top' or 'home' at side blog. Untuk memudahkan readers back to top tanpa perlu scroll ke atas.. Lagi 1 mungkin Cikgu Aini boleh menukar background yang lebih menarik sedikit. Sekadar cadangan..

---> Sampai sini jek kot, nanti saya jelajah semula blog Cikgu Aini.. :)

---> Da siap menulis entry, kena tagged someone.. So, adik Aisya Lieza anda laa yang akak MI tagged yee.. Meh join contest ni jugaaa... ;)


Sebelum tuu.. Syarat-syarat dia mesti lahhh:
  1. Hanya untuk followers [ Saya da follow, pada yang nak join contest follow dulu ainblogger yee? ]
  2. Buat 1 entri, copy tajuk seperti yang tertera & link ke entri ainblogger  
  3. Sila beri penambahbaikan & cadangan # apa2 sahaja tentang blog Cikgu Aini
  4. Dah siap, sekurang-kurang tagged seorang @ lebih ramai kawan. Sila paste URL awak dalam ruangan comment entri ini
Contest Cikgu Aini ni hanya sampai 30 September 2013, 12malam... So, korang.. Apa lagi, mehh lerr kita memeriahkan suasana dengan join contest nii... Pemenang akan di umumkan sebelum 15 October 2013..

Okay, Till then.! Assalamualaikum... :)

Monday, 26 August 2013

Si Cantik, Si Comel Kenneth Nicole Brodsky

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia Bloggerss !

Apa khabar kalian?? Macam mana sambut Hari Lebaran?? Pasti seronok kan?? hihihi.. Okay, back to the topic.. Siapa "Si Cantik, Si Comel Kenneth Nicole Brodsky" ini?? Kalau sebut nama mesti tak tau siapa, tapi kalau sebut nama dan tengok gambarnya pasti perasaan teruja, woww! akan hadir pada pandangan mata kita kerana dia seorang anak yang comel dan cantik.. 

Kalau google pun banyak gambar si comel ni. Tapi kalau nak mencari biodata si comel ni tak jumpa maybe sebab private.. Yang MI jumpa hanyalah sedikit info iaitu si comel ini adalah anak keturunan Amerika dan Korea. Di fahamkan ayahnya berasal dari Amerika dan mamanya berasal dari Korea. D.O.B si comel ialah 21 July 2006 dan beragama Katholik. Okay at sini MI attachkan gambar si comel beserta her parents okay?? Let's check it out........

( Ini Papanya Kenneth )

( Ini Mamanya Kenneth )

( Ini Photonya Kenneth )








# Macam mana MI boleh suka sangat pada si kecil ni sebab rupa dy jadi inspiration pada sebuah novel yang mana rupa si Kenneth assume as anak pada Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha novel (Awak Suka Saya Tak?).. # She so beautiful and cute girl !

***Gambar sumber Google ;)

Saturday, 27 July 2013

Kuih Raya + Menjahit

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia Bloggers!

Alhamdulillah dah 18 hari seluruh umat Islam berpuasa.. Alhamdulillah Ya Allah kerana telah memberi kami kesempatan menunaikan ibadah puasa d bulan Ramadhan yang mulia.. Bulan Syawal akan menjelma tak sampai 2 minggu lagi dan kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang hadirnya hanya sekali dalam setahun..

(Biskut Dahlia)

(Tart Nenas)

Mesti dalam waktu dekat-dekat raya begini ramai yang telah melakukan persiapan perayaan serta kuih muih.. Ada yang homemade cookies, ada yang order or beli saja kuih raya.. Sepertinyaa tahun hadapan MI teringin nak berniaga online.. Buat mereka berkerjaya sepertinya mereka akan spend money untuk membeli kuih yang sedia ada.. Rasanya time bulan puasa begini lebih ramai yang prefer untuk membeli kuih raya daripada membuatnya.. Mana tau boleh cari duit poket untuk beraya nanti kalau mencuba berniaga online.. hihihi

(Almond London)

(Biskut Makmur)

MI teringin untuk berniaga online time bulan puasa d sebabkan MI nak bantu uncle MI. Tiap kali raya dia akan buat kuih raya dan bagi at kami semua.. Dia tau buat kuih raya semua ni, so rasanya tak salah kalau MI bantu dia untuk dapatkan pelanggan.. Harga untuk kuih muih yang dia jual pun berpatutan.. So, plan MI time bulan puasa next year MI akan sedaya upaya dapatkan sebanyak mungkin order untuk kuih raya. Then uncle MI akan membuat kuih raya and MI with sister in law akan pos or edar kuih raya pada pembeli..

**************

(Bahan2 Jahitan)

Menjahit?? MI suka menjahit, as long ad lebihan kain untuk MI menjahit MI akan jahit. Tapi kalau nak MI jahit sepasang baju kurung memang kirim salam awal-awal.. hihihi sebab MI tak pakar dalam menjahit baju kurung.. Even dulu time sekolah MI ambil kelas jahitan, MI tak berani nak buat in real life dengan ambil order buat pakaian. Kalau jahit yang simple-simple MI tau.. 

(Bahan2 Jahitan)

Perancangan MI ni banyak, tapi tak tau laa boleh capai ke tak.. Urmm.. Next year MI baru habis study and In Sha ALLAH akan memulakan kerja.. Tapi MI teringin sangat untuk berniaga, tak kira laa berniaga apa pun. Sama ada kuih raya atau pun tailoring. 

(Bahan2 Jahitan)

Family MI semuanya tau menjahit, daripada arwah Nenda MI, semua aunts MI termasuk laa Bonda MI tau menjahit. Mungkin d sebabkan sekeliling MI tau menjahit membuatkan MI juga terasa ingat pandai menjahit. Tapi yang macam MI bagi tau earlier tadi MI masih belum reti and mahir 100% untuk menjahit sepasang baju kurung. 

Dulu at sekolah MI mejahit menggunakan kertas mahjong or kertas minyak untuk membuat pola-pola pakaian sebelum menggunting kain menjadi cebisan kain yang d perlukan. In Sha ALLAH ad rezeki nanti MI akan cuba belajar juga menjahit dan menggunting pola tanpa menggunakan bahan2 yang tidak d perlukan. Wish me luck !

Okayy.. Till then.. Assalamualaikum.. ^_^

p/s: agak2 kalau ada yang nak order kuih, silakan inform yee??