Thursday, 16 January 2014

Salam Maulidur Rasul 2014M | 1435H

Assalamualaikum Malaysia....

14 Januari 2014 | Maulidur Rasul.. Selawat serta salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Di kesempatan ini MI mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua... Harap masih belum terlambat untuk mengucapkaan Salam Maulidur Rasul buat semua...


Mari berselawat sebentar, ganjaran menanti anda...
Selawat Maulidur Rasul
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Saturday, 11 January 2014

NEW YEAR 2014, EXAM + MYPI

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia bloggers...

Almost two weeks we are in year 2014. How your days guys? Hope semuanya okay-okay saja.... Alhamdulillah da habis final exam untuk semester nii... Even soalan-soalan dia yang susah memang mencabar fizikal dan mental (laaa sangattt...hahaha). Lagipun before ni kalau exam. Schedule exam tak pernah clash timetable, tapi sem ni 1st time clash timetable dengan macam-macam ragam dalam bilik exam. Tak boleh langsung nak jawab exam dengan tenang. Mana dengan student yang bawa "toyol" especially international student. Yang banyak problem mesti geng-geng international student. Haishhh... Dengan main baling-baling botol air, pusing satu kelas cari sharpener, memang geleng kepala laaa kitaorang jawab examBy the way, hope not to late to wish Happy New Year 2014 to all bloggers. ^_^

Urmm... Let's throwback MYPI by Sis Melur Jelita. Part yang paling best dalam MYPI... Rugi kalau sape yang tak baca ILUS & MYPI... hihihi

PETIKAN MY PRECIOUS IRIS




" Sila baca dengan suara yang kuat. "

Kenapa papa lain macam ni? Bukan seperti papa yang aku kenal.

Firman membaca,

" Ke hadapan bakal suami anak aku..."

Firman terhenti.

" Teruskan." Arah papa tegas.

" Ke hadapan bakal suami anak aku,

Peraturan 1 : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan 2 : Jangan kau bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah-tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Di sini, Firman terhenti, menutup mukanya dengan surat. Tubuhnya bergegar. Menahan gelak.

Peraturan 3 : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih-lebih. Kalau mata dan tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Memang dapat penampar dan penyepak betul! Bukannya dapat duit. Hai laaa.. Apahal la ni?

Peraturan 4 : Aku rasa kau ni hensem dan popular, tentu ramai perempuan tergila-gilakan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan 5 : Kau tentu nak kenal dengan aku lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar: Awal!

Peraturan 6 : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum di akad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Aku dan mama dah saling berpandangan sambil menahan ketawa. Apa ke hal papa ni? Silap orang la nak warning macam ni. Tapi Firman selamba je membacanya cuma kadang-kadang nampak dia menahan gelihati.

Peraturan 7 : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput.

" Pa...." Aku mula nak membantah. Firman mendiamkan aku. Dia terus membaca.

Peraturan 8 : Tempat-tempat yang dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan, menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai mini skirt atau hotpants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium-cium tu elakkan. Movie pasal siksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan 9 : Jangan sekali-sekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku bekas perisik komando. Kalau aku tanya kau hanya ada satu peluang je. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka, Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 10 : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap-senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi-tinggi dan jerit kuat-kuat " Saya hantar anak Tuan pulang" Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama-lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs and kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Aku dan mama tak dapat menahan lagi. Kami tergelak sampai nak terkucil. Hanya Firman yang mengemam bibirnya, menahan sedaya upaya. Muka papa serius!

Peraturan 11 : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah-tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau merangsang syahwat. Lebih afdhal, semasa berbual, kau urut betis aku.

Peraturan 12 : Kau kena adakan pemeriksan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas dari sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop. Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan 13 : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.

Peraturan 14 : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa-apa aduan tak puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan 15 : Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih, menangis gembira, tak apa.

Peraturan 16 : Tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila-bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini. 

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika kau tak setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e-mel  dan Twitter takkan dilayan.

Sekian,
Dari bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Copy and paste dari Ustaz Nasharuddin, Azalea dan Azella.

Copy and paste tu yang tak menahan. Sekali lagi aku dan mama tergelak keras. Azalea dan Azella jadi rakan sekutu papa pulak!



****************

Bhahahahaha :D
LIKE N SHARE SAPA YANG SUDI ❤ღ MELUR JELITA


Sunday, 17 November 2013

Mr. London Ms. Langkawi

Assalamualaikum bloggers & salam 1Malaysia...

Urmm... Apa khabar semua bloggers?? Sihat? Alhamdulillah... Kalau yang sakit tuu, jangan lupa banyakkan rehat dan paling penting makan ubat yee? hihihi.. 

MI start berminat membaca novel sejak di bangku sekolah menengah, tetapi waktu tuu yang tukang beli novel ataupun pengumpul novel2 nii semestinya akak MI. =D sebab akak MI waktu tu da bekerja, so memang dia pun minat novel cuma sejak bertunang dan berkahwin dia da stop beli novel..

MI da banyak baca novel, kadang2 MI tukar2 novel dengan member2 yang mana ada minat yang sama suka baca novel.. Al-maklum laaa boleh jimat sikit... hikhikhikhik =D tapi kalau novel tuu memang best MI akan dapatkan dan jadikan novel tuu sebagai koleksi MI.. 

MI admit actually bukan senang nak hasilkan sebuah karya penulisan yang akhirnya akan menjadi tatapan atau kata lain bahan bacaan oleh ulat2 buku niii... Sebagai penulis, seorang penulis tuu harus bijak mengunakan imaginasi untuk mengolah sesebuah cerita supaya menjadi menarik untuk bahan bacaan. Okay, tak yah mukhadimah panjang lebar straight to the point aje laa kan... huhuh

"Mr. London Ms Langkawi"... Sape yang tau apa niii?? hihihi... Kalau sape yang peminat novel tegar, confirm tau apa kann?? Okay, yang ni adalah the latest novel dari sys Herna Diana... "Mr. London Ms Langkawi" adalah novel keempat beliau.. Novel pertama HD "Cinta 3Suku", kedua "Akhirnya Aku Kahwin!", ketiga "Oh, Mama Tiriku!", yang paling latest "Mr. London Ms Langkawi" ni laaaa... hihihi...


Taraaaaaa !!! Tu diaa cover novel Mr. London Ms Langkawi... Serious baca novel niii boleh release tension pada MI.. Sebab lawak2 serta loyar buruk Nana mencuit hati... Karya2 HD memang tak pernah menghampakan.. Setiap novel2 HD pasti akan ada watak yang mencuit hati, perangai yang gila2.. hihihi.. Bila korang tengah sedih ke apa kee baca laaa novel nii, boleh buat korang ketawa terbahak-bahak dengan telatah Nana yang nakalnyaaa ya ampunnn.... MI letak sikit petikan sinopsis dia ehh??

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya... Nauzubillah....

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu." ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun." jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang Kota London ada, Malaysia tak ada? Cer cite... Cer cite." kata Liyana.
"Yang bagusnya kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

So... Apa lagiii... jom grab novel nii at kedai buku yang berdekatan... hhihihi... TER...promo pulakk... Tak pee.. Tak pee... 

******************************

Selingan kejap ehhh...

Nak hasilkan sebuah cerita yang bagus mestilah pandai mengolah supaya cerita tuu menjadi menarik bukannya hambar.. MI pernah beli sebuah novel, bila MI baca sinopsis membuatkan MI tertarik sebab kisahnya mengisahkan tentang dunia pelajar beralih ke dunia dewasa tetapi muncul konflik kerana suatu peristiwa yang dilihat oleh si heroin semasa di kampung halamannyaa... Sinopsis saja yang membuatkan MI menarik.. First impression MI, sinopsis novel nii menarik, mesti ad lawak2 or loyar buruk kalau berdasarkan sinopsis.. Tapi kalau nak tau kena beli la kann novel tuu... So, MI pun beli laaa novel tuu..

Dari awal jalan cerita dia not bad laa... Boleh laaa... Tapi bila da lama baca jalan cerita dia buat MI boring.. MI terfikir, 'Kenapa penulis nii buat cerita macam ni?' sebab bila MI baca novel tuu MI da dapat point2 novel tuu... Penulis cuma mengisahkan semula, bezanya dikisahkan semula dalam bidang penulisan. Serious kalau ikutkan MI, memang MI da tak nak baca novel tuu, tapi fikir balik da beli takkan tak nak baca pulak kann? Lain laa kalau buku pinjam boleh jekk return to the owner. Nak tak nak MI habiskan jugak baca novel tuu... Tapi hanya sekali jekk laa MI akan baca novel tuu.. Takkan baca daaa... Even nak buat novel thriller pun, rasanya perlu fikir kesesuaian... Misalnya, andai kata "family itu" baca apa kata mereka? Kisah mereka.. Tapi MI takkan sebut laaa tajuk novel tuuu... Just point jekk MI bagi... Serious sys.. You need make your readers enjoy your novel not make them bored! 

**Sorry guys... This is just my opinion about the novel that I had read.. Till then ! Assalamualaikum.. Have a nice weekends bloggersss..